25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Mahkamah syariah terima bukti DNA

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau difahamkan mahkamah syariah sudah menerimapakai keterangan secara bayyinah atau bukti kes menerusi DNA sama seperti di mahkamah sivil.

Perdana menteri berkata, beberapa hakim mahkamah syariah telah menggunakannya bagi sabitan pengesahan status nasab, hak penjagaan anak dan persetubuhan luar nikah.

“Oleh itu, mahkamah syariah dan mana-mana pihak tidak perlu takut dan tidak perlu khuatir menjalani DNA jika bertujuan untuk membuktikan kesahihan fakta.

“Sebagaimana ungkapan orang-orang lama kita, berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya.

Perdebatan sama ada DNA boleh digunakan di mahkamah timbul selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NONEKetika berucap merasmikan konvensyen peguam syarie kali kedua di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, bukti DNA pernah digunakan dalam kes harta pusaka dan kes persetubuhan haram di Mahkamah Tingi Syariah Sabah.

“Keputusan mahkamah syariah mengenai penerimaan DNA ini membuktikan mahkamah syariah telah lama dan sedia menerima transformasi dari berbagai aspek,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, beliau kagum dengan tranformasi dan pengiktirafan terhadap mahkamah syariah kebelakangan ini, antaranya perintah mahkamah syariah mengenali harta pusata diterima pakai di Australia dan dokumen poligami digunapakai di Pakistan.

“Ramai tidak mengetahui modenisasi dan tranformasi mahkamah syariah kerana tidak dihebahkan dalam media massa,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.