25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Mahkamah tangguh rayuan Khir Toyo

Dr Mohd Khir Toyo
Dr Mohd Khir Toyo

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan akhir bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana rasuah ditangguhkan ke tarikh lain yang belum ditetapkan.

Rayuan itu dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata mahkamah membenarkan penangguhan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Dr Mohd Khir, menghantar surat rasmi Khamis lepas (10 April) memohon penangguhan itu disebabkan beliau menghadiri satu persidangan di Jepun.

Muhammad Shafee adalah wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asean (AICHR), yang bermula hari ini.

Mohd Aizuddin berkata mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk menghadiri pengurusan kes sebaik sahaja Muhammad Shafee kembali ke tanah air bagi tarikh baharu pendengaran ditetapkan.

Mohd Aizuddin berkata tarikh bagi pengurusan kes itu belum ditetapkan.
Ini adalah penangguhan kedua. Pendengaran rayuan itu pada mulanya dijadual pada 6 Februari tahun ini tetapi ditangguhkan ke hari ini.

Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Khir bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Dr Khir, 49, untuk melucut hak pemilikan hartanah yang diperoleh itu dan menyerahkannya kepada kerajaan.

Mahkamah Rayuan, pada 30 Mei tahun lepas, menolak rayuan Dr Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa memperoleh bagi diri sendiri dan isterinya, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.

Kesalahan itu dilakukan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...