25 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Mahkamah Tinggi sahkan Anina bukan ahli UMNO

saman-umno-anina

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh untuk membatalkan saman dikemukakan bekas ahli parti itu, Anina Saadudin berhubung pemecatannya.

Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Anina mencabar pemecatannya kerana perlembagaan parti yang menetapkan bahawa keahlian beliau tergugur selepas memfailkan saman terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Mahkamah terikat dengan keputusan sebelum ini bahawa seseorang anggota parti yang memfailkan tindakan undang-undang tidak lagi menjadi anggota parti,” katanya.

Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan penghakiman dibuat dalam perkara itu.

Sehubungan itu, Anina juga diarah membayar kos perundangan berjumlah RM5000.

Anina sebelum ini menyaman Najib, yang juga perdana menteri berhubung isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. hassan ali x nak supporr pulok…dulu dia nak buat larangan jual arak d kedai secara terbuka kena buang ko x nak bising …hok alohhh.. kata nak islam..kena tang dia..senyap pulok….hok ni ahli kena buang..kecoh…piiirah.. jilat slagi boleh jilat politik ni….krik..krik..krik….

  2. Ni lh d katakn bodoh tkleh ajar pandai tkleh ikut haa skarang org ajak masok gaung kau ikut..org yg suruhtu buat tk tahuje!! yg kau haaa haaaa padan ngan muka..kau sorang tkda anak2 aq tiga ada lagi ganti kau…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.