Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Global

All countries
245,749,124
Confirmed
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
221,024,534
Recovered
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am
All countries
4,987,253
Deaths
Updated on October 28, 2021 09:38 9:38 am

Mahkamah Tolak Permohonan 10 Penduduk Gebeng Batal Lesen Lynas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf dalam penghakimannya berkata selepas menimbang teliti bantahan permulaan oleh Pejabat Peguam Negara dan AELB, permohonan itu adalah pramatang.

Katanya perkara itu masih menunggu rayuan di hadapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan lima lagi penduduk tempatan turut merayu terhadap isu sama kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Mengenai LAMP Rohana berkata berikutan tindakan AELB menggantung pengeluaran TOL bagi projek itu maka mahkamah bukan menjadi forum betul untuk menyemak semula permohonan itu.

Katanya rayuan oleh lima penduduk kepada menteri berkenaan dilakukan menurut syarat peruntukan relevan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan ia harus dihormati dengan sewajarnya. Berdepan dengan proses rayuan di hadapan menteri, katanya, mahkamah tidak boleh menjejaskan proses tersebut. “Sekiranya mahkamah meneruskan kuasa semakan yang ada ke atas suatu keputusan yang sebenarnya menunggu rayuan menerusi peruntukan statutori, maka mahkamah akan menyebabkan rayuan itu berserabut dan oleh itu menjadikan ia tidak bermakna dengan apa yang digubal oleh Parlimen,” katanya.

Beliau berkata permohonan itu adalah pramatang dan sekiranya dibenarkan, ia mungkin mendorong kepada kekeliruan dan memalukan andainya hasil penemuan oleh menteri berkenaan berbeza dengan mahkamah.

Rohana juga menegaskan proses rayuan di hadapan menteri dan PSC mengenai perkara berkaitan alam sekitar dan kesihatan boleh diselesaikan yang mana ahli profesional dan pakar boleh dijemput untuk memberi input masing-masing. Lagipun, katanya, responden pertama (AELB) menerusi sepucuk surat kepada Lynas bertarikh 23 Mac lalu telah menggantung pengeluaran lesen sehingga selesai rayuan itu.

Pada 17 Feb lalu, penduduk berkenaan memfailkan permohonan itu dengan menamakan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) sebagai responden.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah ‘certiorari’ bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Jan lalu bagi mengeluarkan lesen semtara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bahi menlarang AELB daripada mengeluarkan sebarang lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021