26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

MAIS Jawab Tuduhan Khalid Shamad

“Tak Wujud Komplot Jatuhkan MB, Majlis Dipengerusikan Exco Negeri” – MAIS

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Jumaat menegaskan tidak wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Sebaliknya yang kedengaran ialah mereka di sekeliling Datuk Menteri Besar Selangor yang cuba menjatuhkan beliau (Abdul Khalid),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mohamad Adzib berkata demikian bagi menjawab segala dakwaan kononnya wujud konspirasi politik bagi menjatuhkan Menteri Besar Selangor semasa pertemuan MAIS dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagaimana yang didakwa Anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

Pengerusi MAIS itu menjelaskan, MAIS mengadakan perjumpaan dengan 45 buah NGO Islam pada 5 Ogos lepas bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menegaskan ia tiada kena mengena dengan dakwaan bahawa perjumpaan itu bertujuan menjatuhkan Khalid.

Mohamad Adzib berkata, perjumpaan dengan NGO Islam itu dipengerusikan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan dihadiri beliau selaku Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri.

Agenda perjumpaan itu, jelasnya, antara lain ialah ucapan Dr Hasan sendiri, taklimat dan tayangan video oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS serta sesi soal jawab.

“Tohmahan yang dilemparkan oleh YB Khalid Samad tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengelirukan masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor,” kata Mohamad Adzib lagi.

Beliau berkata, dalam hal ini, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Anggota Parlimen PAS itu berhubung segala tohmahan yang dilemparkannya.

Mohamad Adzib dalam kenyataan itu turut berkata, institusi-institusi Islam di Selangor seperti JAIS, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh sesuatu kumpulan, individu atau pihak tertentu.

“Inilah yang berlaku selama ini di mana pihak atau parti politik tertentu menjadikan institusi-institusi agama sebagai tapak menyebarkan agenda politik masing-masing yang boleh mencemarkan kredibiliti institusi tersebut termasuklah kesucian rumah ibadat,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan