MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MULA OPERASI ROBOH IKLAN HARAM - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bertindak tegas meroboh papan iklan tanpa kebenaran menerusi operasi bersama Polis Diraja Malaysia dan PLUS Malaysia Berhad pada 6 Februari lalu.

MDHS dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 52 papan iklan haram dikenal pasti dalam operasi fasa pertama itu dan pihaknya menjangka untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua bulan.

“Hasil siasatan dan pemantauan MDHS mendapati terdapat lebih 224 papan iklan luar yang dibina di daerah ini dan hanya lapan daripadanya yang mengemukakan permohonan kepada MDHS. Notis kepada semua pemilik papan iklan telah dikeluarkan,” demikian menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, semua pemilik papan iklan luar dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan permohonan pelan struktur bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-udang.

20170209-mdhs-roboh-iklan-haram

UTAMAPOLITIKMAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MULA OPERASI ROBOH IKLAN HARAM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium