Majlis Ekonomi Negara Bincang Kenaikan Harga Minyak Esok - pakdin.my

Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memperhalusi cadangan termasuk berkaitan subsidi dan campur tangan kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga minyak esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ada beberapa pilihan cadangan berhubung perkara itu bagi membantu rakyat.

“Kita sedang kaji, ada banyak option (pilihan), esok kita akan bentangkan kepada Economic Council (Majlis Ekonomi Negara) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri…PM akan umumkan (jika ada apa-apa keputusan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta NBOS Sayang Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Hutan Melintang, hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ahmad Zahid mengulas desakan dan permintaan rakyat dan pelbagai pihak yang mahu kerajaan campur tangan dan menaikkan subsidi bagi mengatasi beberapa kenaikan harga minyak berikutan kenaikan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Ditanya sama ada kerajaan akan menaikkan kadar subsidi dan campur tangan bagi melegakan rakyat jika harga minyak mencapai RM3 seliter, Ahmad Zahid berkata perkara itu antara cadangan yang dalam kajian kerajaan ketika ini.

“Tunggulah keputusan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan harga minyak adalah disebabkan peningkatan harga bahan itu di pasaran dunia dan penentuan harga di negara ini mengikut kaedah pengumuman secara mingguan.

UTAMAEKONOMIMajlis Ekonomi Negara Bincang Kenaikan Harga Minyak Esok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium