31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Majlis Peguam Diminta Nyatakan Pandangan Berhubung Tindakan Anwar Di Mahkamah

Majlis Peguam diminta menyatakan pandangannya berhubung tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan memberi keterangan bersumpah dalam perbicaraan kes liwat dengan memilih memberi keterangan dari dalam kandang tertuduh.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin berkata beliau ingin tahu apa pendirian Majlis Peguam terhadap tindakan Anwar.

“Dia (Anwar) tidak bersumpah. Jadi, saya hendak Majlis Peguam jelaskan…apa yang berdiam diri sampai tiga, empat hari sehingga rakyat tertanya-tanya,” katanya kepada Bernama.

Anwar memilih untuk memberi keterangan di kandang tertuduh bagi membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bermula Isnin lepas.

Ketika prosiding bermula, Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu mahkamah anak guamnya akan memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar mempunyai tiga pilihan memberi keterangan di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan