32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Majlis Peguam Dipersoal Tidak Bela Polis

Koperal R Subramaniam

Kira-kira 50 penyokong tujuh badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan membela Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden dua anggota pasukan keselamatan itu cedera ditembak sekumpulan lelaki di Kuchai Lama Rabu lepas.

NGO itu ialah Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Pertubuhan Waris Malaya, 4Justice dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Mursyidul Am Kelab TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip berkata polis berperanan penting dalam menjaga keamanan negara, namun sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan itu.

“Majis Peguam gagal menyumbang ke arah keamanan dan kesejahteraan negara, dan badan ini sentiasa mencari salah dan mempertikai setiap tindak-tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan dan keselamatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum kepada wakil Majlis Peguam di sini, Selas.

Beliau berkata Majlis Peguam tidak seharusnya bersikap ‘double standard’ dengan hanya mempersoal kewibawaan pasukan keselamatan, terutama polis, tetapi tidak langsung menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, Koperal R.Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan, yang dipercayai dilepaskan tiga suspek di persimpangan Jalan Kuchai Lama.

Nor Azlan Abu Bakar

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan