32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Majlis Syura tak sentuh isu Nasharudin

Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak – dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13),” ujar Abdul Hadi.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

“Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

“Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?” kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah,” kata beliau lagi.

Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: “Tunggu sajalah PRU13 nanti.”

Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen.

Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya.

Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi

Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan ‘selamat’ daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Beberapa anggota yang dihubungi enggan mengulas mengenai mesyuarat malam ini atas alasan Majlis Syura hanya memberi kebenaran kepada Abdul Hadi untuk mengeluarkan kenyataan.

“Hanya Presiden Pas boleh bercakap. Ambil kenyataan Presiden… maaf kami tidak boleh bercakap,” kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.






Berita Berkaitan

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan