Majoriti PAS di DUN Selangor tak dapat halang pusat judi lumba kuda? - pakdin.my

Pusat-Judi-Lumba-Kuda-Hulu-Selangor

PAS yang berimejkan Islam memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor nampaknnya terus tidak bertaring, sekalligus tidak dihormati rakan seperjuangannya yang lain dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu, iaitu PKR dan DAP.

Dalilnya, sebuah syarikat dibenarkan untuk memajukan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Tidak diketahui sama ada cadangan projek itu mendapat bantahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di DUN Selangor mahupun ADUN PAS yang dilantik menjadi Exco.

Namun ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi dilihat terpaksa berdemo membuat bantahan, sekalipun suara mereka tidak kedengaran dan tidak diketahui ramai kerana tidak mendapat liputan meluas, termasuk di media-media sosial pro-pembangkang.

Antaranya pada 30 Jun lalu, kira-kira 15 ahli PAS diketuai Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail bagi menghalang pembinaan pusat judi lumba kuda berkenaan.

Kenapa mereka perlu berdemo dan menyerah memorandum bantahan kepada Tukiman, jika ADUN dan EXCO PAS sudah menyuarakan bantahan di peringkat atasan dan bantahan mereka dihormati?

Hari ini, pada Khamis, satu laporan polis terpaksa dibuat oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah cadangan membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia itu.

NGO berkenaan, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur jam 11 pagi Khamis dengan diiringi oleh 10 ahlinya.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah, selepas selesai membuuat laporan polis memberitahu pemberita pihaknya menggesa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.

“Kami membantah sekeras-kerasnya projek ini yang seolah-olah menggalakkan perjudian dalam kalangan umat Islam di sini, secara tidak langsung akan merosakkan akidah seseorang selain maruah negara turut terjejas,” kata Abdul Rani.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Selasa depan.

Syarikat pemaju pusat lumba kuda Selangor Turf Club itu sebelum ini mendakwa kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus daripada penduduk Melayu di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembinaannya.

Untuk rekod, pada awal 2011, Merdeka Center menyerahkan hasil kajian kepada pentadbiran kerajaan PR Selangor yang diketuai Khalid selaku menteri besar yang mendapati cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda itu tidak dipersetujui majoriti penduduk Melayu dan Islam Hulu Selangor, yang sebaliknya mahukan sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.

Namun, selang tiga tahun, pihak pemaju pada tahun ini mengemukakan pula hasil kajian yang didakwa dibuat Universiti Selangor (UNISEL) menyatakan lebih 50 peratus daripada masyarakat Melayu Hulu Selangor menyokong pembinaan pusat judi lumba kuda di Kuala Kubu Bharu itu.

Jadi kini, penyokong PAS yang bernaung di bawah kerajaan negeri yang mereka sendiri kuasai, yang PR menjadi kerajaan terpaksa berdemo membantah projek yang sebenarnya boleh untuk tidak diluluskan atau ditolak kerajaan mereka sendiri.

UTAMAPOLITIKMajoriti PAS di DUN Selangor tak dapat halang pusat judi lumba kuda?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium