- klik-klik iklan
-klik iklan-
Home NASIONAL AM Mak Itam: ‘Mak cik tak akan maafkan dosa komunis sampai bila-bila’

Mak Itam: ‘Mak cik tak akan maafkan dosa komunis sampai bila-bila’

MELAKA — Mak cik  tidak akan maafkan dosa anggota pasukan komunis  ‘Bintang Tiga’ yang membunuh dengan kejam lima ahli keluarga mak cik sampai bila-bila, kata warga emas, Tik Sulong, 86, sambil  meriba potret ahli keluarganya.

- Advertisement -

Sesekali Tik yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Itam’ dikalangan penduduk Sungai Udang membetulkan kedudukanya di atas kerusi roda tanpa melepaskan bingkai potret yang diambil  bersama ahli keluarga ketika beliau berusia 15 tahun.

“Mereka (Komunis) bunuh ibu, Temun Manang dan empat lagi ahli keluarga mak cik tanpa rasa belas kesian walaupun berkali-kali arwah merayu agar tidak dibunuh dan wajah setiap pembunuh masih mak cik ingat hingga ke hari ini, ”katanya sambil membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ahli keluarganya yang terbunuh pada kira-kira pukul 6.00 pagi tanggal 10 Jun 1945.

Lima keluarga Tik yang mati dibunuh komunis ialah ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata manakala abang ipar mati hangus selepas komunis membakar rumah.

Menceritakan detik hitam itu, Tik berkata ketika kejadian beliau dan ahli keluarga lain baharu selesai mengerjakan solat Subuh di rumah, manakala bapanya  Sulong Mohammad merupakan ketua kampung tiada rumah kerana ke sawah bagi memantau pekerja upahan  menuai padi pada ketika itu.

“Ibu pada masa itu sedang memasak air sebelum menyediakan sarapan pagi, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu diukuti bunyi tembakan senapang berbalas-balas dan juga suara jeritan orang kampung  memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.

- Advertisement -

“Mak cik berlari menarik tangan ibu serta adik yang masih kecil berumur dua tahun setengah keluar menerusi pintu belakang rumah ,”katanya.

Tik berkata beliau bersama ibu serta adik bongsunya berlari ke kolam ikan yang terletak kira-kira 10 meter dari belakang rumah, namum beberapa orang komunis dengan kejam menikam dengan lembing bahagian perut dan kemaluan ibunya.

“Ketika menahan kesakitan akibat ditikam ibu sempat merayu kepada komunis agar tidak membunuh adik bongsu, namum tanpa rasa belas kasihan komunis menikam bertalu-talu hingga ibu dan adik menghubuskan nafas terakhir,” katanya.

Katanya pada ketika itu beliau menyorok  dalam air paras dada di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan.

Tik berkata, dalam masa sama, kakaknya sempat melarikan diri namun anak yang didukungnya berusia tiga tahun terlepas kerana kain dukungan terlucut dan ditikam bertalu-talu oleh komunis.

Sementara suami bersama anak perempuannya kakaknya yang berumur lapan bulan turut mati ditikam di tingkat atas rumah kerana tidak sempat lari sebelum komunis bertindak membakar rumah berkenaan

“Tidak dapat saya lupakan bagaimana anak saudara menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis.

“Selepas komunis berlalu pergi, tentera Jepun bersama orang-orang kampung datang mencari dan memanggil nama ahli keluarga masing-masing dan ayah saya bagaikan orang gila hendak terjun dalam api yang sedang marak menyala kerana menyangkakan kami semua berada di dalam rumah ketika api sedang marak.

“Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu, manakala lima orang lagi dari kalangan penduduk kampung yang lain. Jenazah abang ipar yang mati terbakar hanya tinggal sehasta. Suasana pengebumian kelima-lima jenazah ahli keluarga kami amat memilukan,” katanya.

- Advertisement -

Tik berkata  selepas tragedi itu, beliau sekeluarga yang terselamat tinggal menumpang selama empat malam di rumah orang yang bersimpati dengan nasib mereka di Batu Pahat sebelum berpindah dan menetap di Sungai Udang, Melaka.

Katanya pengalaman menyaksikan sendiri lauangan keramat ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman di padang Banda Hilir Melaka, pada 20 Feb 1956  adalah pengalaman paling manis dalam hidupnya setelah mengalami liku-liku kesusahan pada zaman sebelum Kemerdekaan negara.

“Sebelum Tunku ke London, saya dilantik sebagai wakil wanita Sungai Udang yang bertanggung jawab mengutip derma dan sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rombongan tunku bagi mendapat kemerdekaan daripada penjajah British.

“Pada ketika itu semua bangsa dari kaum hawa dengan rela hati menanggalkan barang kemas pada badan masing-masing untuk didermakan kepada rombongan kemerdekaan… Allhamduillah perit, pedih, sedih yang dilalui sebelum ini terubat apabila Malaysia akhir mencapai kemerdekaan,”katanya. — Bernama

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan. Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,746FollowersFollow
3,328FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma. A Srimurugan berkata, undang-undang sedia...

Sekatan jalan diperketat, tiada percubaan rentas negeri

Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman...

Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan. Pengarah Kesihatan...

[Video] Adik kebetulan berhari raya di Hulu Bernam ajak abang jumpa di jambatan Sungai Bernam

Cerita sebenar yang kami dapat dari abang beliau Azli Abu Sien. "Adik lelaki tu duk tg malim... Adik perempuan tu ziarah mertua dia di Ulu...

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas 1 Syawal

Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah...
-klik iklan-

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..