Makin gila agaknya kerajaan ini, celah mana selamatkan TH RM10.3 bilion? - pakdin.my

Semalam Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) menyatakan KERAJAAN akan menanggung premium RM10.3 bilion untuk memulihkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).

Kita pun hairan dari mana datang fakta ini. RM10.3 bilion bukan sedikit. Tiada pun dalam pembentangan bajet mengenai sumber yang akan digunakan.

Realitinya yang dirujuk ialah mengenai pemindahan aset dari TH kepada UJSB.

Namun ini tidak membabitkan dana kerajaan. Ia merupakan pertukaran untuk sejumlah RM19.90 bilion dengan penerbitan Sukuk yang dilanggan sepenuhnya oleh TH.

Malah menurut kenyataan sebelum ini semua SUKUK ini tiada jaminan kerajaan.

Ini bermakna jika UJSB menjual segala aset-aset yang diambil alih lebih murah dari 19.6 bilion dan tidak mampu bayar Sukuk pada tempoh matang maka TH yang akan rugi bukannya kerajaan.

Jika UJSB muflis pun TH yang akan rugi bukan kerajaan kerana sukuk yang dilanggan oleh TH tiada jaminan kerajaan.

Jadi kita rakyat Malaysia yang tidak mahir putar- belit dan jargon kewangan pun jadi hairan.

Di bahagian mana kerajaan kena tanggung RM10.6 bilion ini?

Apa tujuan kenyataan ini? Memanjangkan usaha memburukkan institusi berkaitan Islam?

Siapa lagi hendak percaya kepada kerajaan merapu macam ini?

UTAMAEKONOMIMakin gila agaknya kerajaan ini, celah mana selamatkan TH RM10.3 bilion?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium