MAKLUMAT AWAL PENAHANAN SEORANG AWAM YANG DISYAKI MEMBAWA BAHAN LETUPAN DI PINTU MASUK KEM KEMENTAH - pakdin.my

bawa-bom-kementah

1. Seorang lelaki awam dikenali sebagai Muhammad Hudzaifah bin Yasin (seorang bekas pelajar UIA, Gombak) telah ditahan oleh anggota provost Kem Kementah dibantu oleh pihak PDRM.

2. Kejadian ini berlaku pada jam lebih 1945 apabila sebuah teksi yang dipandu oleh Hasnizan bin Kassim no pendaftaran HWE 6082 (Teksi Proton Pesona) ingin memasuki Kem Kementah melalui balai pengawal hadapan.

3. Teksi ini kemudian ditahan oleh anggota RP pasukan. Orang awam tersebut mendakwa membawa sebuah bahan letupan berbentuk power bank dipercayai Improvised Explosive Devices (IED).

4. Beliau menyatakan ingin meletupkan bahan letupan tersebut di kem ini kerana ingin menyelamatkan umat manusia dari kejahilan. Orang awam ini dipercayai sebagai seorang anggota IS.

5. Orang awam ini telah dipujuk oleh AKS Perisikan TD untuk keluar dan memberi kerjasama dalam siasatan.

6. Hasil siasatan mendapati bahan yang didakwa tersebut bukanlah sebuah bahan letupan. Orang awam ini dipercayai mempunyai masalah mental dan diserahkan kepada pihak PDRM setelah selesai soal siasat dijalankan.

UTAMABERITAMAKLUMAT AWAL PENAHANAN SEORANG AWAM YANG DISYAKI MEMBAWA BAHAN LETUPAN DI PINTU...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium