Maklumat Betul Mengenai GST Akan Disebarkan Kepada Rakyat – Abdul Wahid

“Terdapat banyak maklumat-maklumat yang tidak betul yang disebarkan oleh pembangkang. Jadi saya nak pastikan rakyat dapat maklumat tepat. Kalau kita perkenalkan GST, ia bukan cukai tambahan,”

GST

- Advertisement -

Maklumat betul dan tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disebarkan kepada rakyat bahawa pengenalan GST tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata apabila GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015, ia bukannya cukai tambahan kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan.

“Terdapat banyak maklumat-maklumat yang tidak betul yang disebarkan oleh pembangkang. Jadi saya nak pastikan rakyat dapat maklumat tepat. Kalau kita perkenalkan GST, ia bukan cukai tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Larian Statistik 2013 anjuran Jabatan Perangkaan, di sini Sabtu.

Beliau menjelaskan pelaksanaan GST juga penting untuk kurangkan defisit negara dari 3.5 peratus pada 2014 kepada 3 peratus menjelang 2015.

Abdul Wahid mengulas kebimbangan rakyat mengenai cukai GST pada kadar 6 peratus yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan menyifatkan GST sebagai satu sistem percukaian terbaik dan terbukti berkesan dengan lebih 160 negara sudah melaksanakan cukai tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata kadar 6 peratus itu adalah terendah di Asia Tenggara dan dalam kalangan negara Asean termasuk Singapura dan Thailand yang kadar GST masing-masing adalah 7 peratus manakala negara lain dari 10 hingga 12 peratus.

“Bagi mereka yang dikatakan terjejas berkaitan dengan andaian mereka, kita (kerajaan) juga (akan beri) bantuan kewangan RM300 (kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia) apabila kita perkenalkan GST.

“Kedua, dari segi cukai perkhidmatan bagi golongan pertengahan, kerajaan akan kurangkan sehingga 3 peratus dan ketiga, kita (kerajaan) juga perkenalkan pelepasan cukai individu sebanyak RM2,000, ia akan mengurangkan beban. Jadi kita kena melihat secara pakej,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.