Malas isi minyak? Nissan tawar kereta elektrik penuh - pakdin.my

Merancang membeli kereta baharu? Mungkin sudah tiba masanya beralih ke kereta elektrik sepenuhnya Nissan Leaf.

Tidak terbeban dengan turun naik harga minyak, kereta yang baru dilancarkan ini menawarkan pemanduan senyap, penuh kuasa dan berteknologi canggih.

Kereta dari Jepun ini menawarkan sifar emisi dengan harga RM188,888 atas jalan, pengguna yang berminat boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik.

Naib Presiden Kanan Nissan Asia & Oceana Vicent Wijnen berkata lebih 400,000 pelanggan seluruh dunia memilih kereta jenama ini.

“Ia menjadi bukti kepada visi Nissan mengenai mobiliti masa depan yang kami percaya akan membantu membawa manusia kepada dunia yang lebih baik.

“Dunia yang lebih banyak kenderaan lektrik, lebih terhubung dan lebih berautonomi,” katanya.

Direka dengan bentuk canggih dan kontemporari, Nissan Leaf yang dilancarkan semalam, mempunyai kelebihan daripada tiga aspek utama:

1) Kuasa Pintar Nissan

Bateri lithium-ion baharu 40kWh melalui ujian ketat dengan jarak pemanduan sejauh 311 km bagi satu caj penuh. Jaminan selama lapan tahun.

Tiada panggilan semula bateri yang dipasang dan telah dipandu sejauh 10 bilion kilometer di seluruh dunia.

Pengecaj kenderaan elektrik kalis cuaca dan direka khas untuk melindungi kenderaan serta manusia dari renjatan elektrik.

Telah melalui beberapa ujian kualiti dan ketahanan daripada banjir dan ujian panahan petir.

2) Pemanduan Pintar Nissan

Dilengkapi ciri e-Pedal untuk memecut, memperlahankan dan berhenti melalui satu pedal dengan cara meningkat atau mengurangkan tekanan ke atas pendikit.

3) Integrasi Pintar Nissan

Keupayaan mengecaj dua hala iaitu pemilik Nissan Leaf boleh menggunakan kereta untuk berkongsi tenaga yang disimpan di dalam baterinya dengan rumah, perniagaan atau komuniti.

Tidak mengeluarkan sebarang emisi ke atmosfera dan mesra alam dengan membantu menambah baik kehidupan masa depan di kawasan urban.

Antara kelebihan lain yang diberikan khidmat servis peralatan dalaman selama tiga tahun membabitkan jarak 60,000 km dan jaminan badan kereta selama tiga tahun untuk 100,000 km.

Didatangi dengan tiga kumpulan warna “baru dan menarik” iaitu pertama warna luaran dua tona yang ekslusif pada bumbung (biru mutiara, hitam) dan badan (putih mutiara, merah)

Warna luaran satu tona (perak, hitam, kelabu dan biru mutiara) serta ketiga; warna dalaman (hitam atau kelabu).

Pengguna yang berminat boleh memilikinya dengan harga RM3,500 sebulan selama tiga tahun kontrak di Semenanjung Malaysia tanpa kos insurans.

UTAMAGAYA HIDUPMalas isi minyak? Nissan tawar kereta elektrik penuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium