Malaysia 80-an: Usaha Menguburkan UMNO - pakdin.my

Dulu guna ISA untuk lemahkan musuh politik, sekarang akan guna AMLA untuk perkara yang sama.

Dalam sebulan dua ini anda akan lihat ramai pemimpin UMNO akan dituduh di bawah akta ini. Saya percaya sebahagian besar pemimpin kanan UMNO akan didakwa.

Salah atau tidak perkara kedua. Yang penting UMNO mesti dilemahkan untuk membolehkan Bersatu menjadi kuat.

AMLA yang digubal untuk menyekat aliran wang bagi tujuan keganasan, rasuah dan aktiviti jenayah “underworld” kini digunakan untuk menjatuhkan musuh politik.

Kita terima pendakwaan ke atas Najib Razak kerana beliau yang mempunyai akses dan kuasa membabitkan tuduhan 1MDB. Salah atau benar ia akan ditentukan di Mahkamah.

Tapi mendakwa pemimpin politik lain kerana menerima sesuatu yang di luar pengetahuan mereka bahawa ia adalah wang haram adalah satu konspirasi untuk melemahkan politik pembangkang.

Semasa wang tersebut diagihkan dan sehingga sekarang ia masih belum disahkan sebagai wang haram.

Jika benar khabar angin mengenai beberapa pemimpin kanan UMNO akan didakwa di bawah AMLA kerana menerima sumbangan dari akaun Najib Razak, maka ia jelas satu keputusan politik bukan keadilan.

Usaha menguburkan UMNO adalah agenda Mahathir yang bertentangan dengan demokrasi.

Apa akan jadi bila Mahathir tanpa pembangkang yang kuat? Boleh tanya Jomo dan Kit Siang.

Anda undi untuk Malaysia Baharu, anda dapat Malaysia 80-an. ?

…….
https://pakdin.my/tag/isa

https://pakdin.my/tag/amla

UTAMAPOLITIKMalaysia 80-an: Usaha Menguburkan UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium