27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Malaysia Airlines Pesawat MH128 Terpaksa Berpatah Balik Ke Melbourne Selepas Penumpang Cuba Untuk Memasuki Kokpit 

Terdapat insiden keselamatan dalam penerbangan Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur yang berlepas pada jam 11:11 malam waktu Melbourne.

Seorang penumpang cuba memasuki kokpit manakala laporan yang tidak disahkan berkata penumpang didakwa memiliki bahan letupan.

Penerbangan itu telah berpatah balik dan mendarat di lapangan terbang Melbourne. Ia kini diletakkan di sebuah sudut terpencil menunggu untuk pasukan keselamatan Australia bagi memasuki pesawat.

Lapangan terbang Melbourne kini ditutup dan semua penerbangan lain ke lapangan terbang tersebut telah dialihkan ke lapangan terbang lain.

Penerbangan Malaysia Airbus A330-300, pendaftaran 9M-MTI Nombor Penerbangan MH128 dari Melbourne, VI (Australia) ke Kuala Lumpur (Malaysia), telah berlepas dari landasan 16 Melbourne apabila Pilot kapal berhenti meneruskan pendakian pada ketinggian kira-kira 6500 kaki dan melaporkan terdapat penumpang telah cuba untuk menceroboh kokpit, percubaan bagaimanapun telah dihalang.

Anak-anak kapal telah memilih untuk kembali ke Melbourne dan kemudiannya melaporkan seorang penumpang, mendakwa mempunyai bahan letupan bersamanya, telah ditewaskan dan dikawal oleh penumpang lain, keadaan adalah terkawal.

Pesawat kembali ke Melbourne untuk pendaratan ‘overweight’ di landasan 16 dengan selanat kira-kira 15 minit selepas berlepas.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Bukan bom tapi powerbank – Aziz KHAMIS, 1 JUN 2017 – 12:25AM MENTERI Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. – Foto fail NSTP/Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom. “Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. “Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.
    Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/288517?m=1

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.