24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Malaysia Akan Bertegas Dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC – @NajibRazak

MEKAH, 16 Ogos (Bernama) — Malaysia akan menyatakan pendirian tegas terhadap isu di tiga negara Islam pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ketiga-tiga isu itu ialah pergolakan di Syria, pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan isu penindasan umat Islam di Myanmar.

Najib berkata beliau akan menyentuh isu-isu itu dalam ucapannya dan seterusnya menyatakan pendirian Malaysia.

“Kita akan menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam OIC kerana keadaan di negara itu telah meruncing sehingga rakyat kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Rabu.

Perdana menteri mengetuai delegasi negara pada sidang kemuncak luar biasa itu yang bermula Selasa.

Najib berkata Malaysia berpendapat telah tiba masanya untuk kerajaan Syria memberhentikan keganasan dan menghormati hak rakyatnya yang mahukan pilihan raya secara demokratik diwujudkan di negara itu.

Beliau berkata bagi isu Palestin pula, Malaysia akan mendesak agar PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara anggotanya.

OIC harus membuat pendirian agar impian menjadikan Palestin sebagai negara berdaulat dan anggota PBB menjadi realiti, kata perdana menteri.

“Isu negara Palestin adalah satu isu yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan kami mahukan Palestin diiktiraf oleh PBB dalam persidangannya September ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia juga mahukan OIC terus memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang didakwa ditindas dan dianiaya.

Perdana menteri berkata OIC telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Fact Finding Mission’ untuk melawat Myanmar dan mendapatkan maklumat sebenar mengenainya.

“Saya pernah menulis surat kepada Presiden Thein Sein dan beliau telah membalasnya dengan menyatakan bahawa isu itu (penindasan umat Islam) bukanlah sebesar seperti yang digambarkan oleh dunia luar dan oleh itu kita tunggu laporan dari Fact Finding untuk mendapatkan maklumat yang lengkap,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia sahaja terdapat lebih 90,000 pelarian Rohingya dan kerajaan sedang berusaha membantu mereka. Najib berkata beliau juga telah bertemu dengan Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan berbincang mengenai hubungan dua hala antara negara itu dan Malaysia.

“Pakistan telah meminta Malaysia supaya syarikat swasta kita melabur dalam Taman Industri di negaranya bagi mengimbangi dagangan dua hala yang memihak kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Pakistan adalah pengimport kelapa sawit Malaysia dan negara itu tidak mempunyai komoditi untuk dieksport ke negara ini. “Saya nyatakan perkara itu akan dibincang secara mendalam,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan