26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Malaysia Bakal Terima Manfaat Besar Pemulihan Global, Kata Penganalisis

Tidak mungkin, penganalisis Singapura ini mungkin sudah terima dedak dari Najib, sama seperti Bank Dunia dan IMF.

Itu lah propaganda PH.

**********

PROSPEK pertumbuhan 2018 Malaysia dilihat cerah, manakala petunjuk​​​​​​ kestabilannya turut dijangka kukuh, kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Centennial Asia Advisors, Singapura, Manu Bhaskaran.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara ekonomi paling terbuka di dunia, dan dengan mata wang​​​​​​ yang ​berdaya saing serta sokongan baik ke arah kitaran elektronik, negara itu akan menjadi antara penerima manfaat terbesar apabila permintaan global meningkat semula.

Eksport pembuatan akan mencatat prestasi memberangsangkan dan harga komoditi sewajarnya juga meningkat,” katanya semasa Forum Unjuran Serantau ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura, hari ini.

Bhaskaran, penganalisis penasihat strategik, merupakan antara penceramah bagi membincangkan perkara bertajuk “Aliran Ekonomi dan Kesannya ke atas Rantau”.

Beliau berkata, permintaan domestik akan diturut disokong.

“Projek infrastruktur utama sedang dilaksanakan dan pelaburan swasta juga meningkat,” katanya.

Mengenai ringgit, Bhaskaran berkata, ia menjadi lebih kukuh memandangkan perdagangan kini​​ ​​​​​kembali​​​​ cergas selain itu dasar Bank Negara Malaysia yang menetapkan pengeksport perlu menukar hasil mereka kepada ringgit juga memberi dorongan kepada mata wang tersebut.

“Akaun luaran dijangka kekal mencatat lebihan, memberi lebih sokongan kepada ringgit, yang juga dibantu oleh peningkatan harga minyak mentah,” katanya.

Bagi prospek jangka panjang, Bhaskaran berkata, ia akan didorong oleh program transformasi ekonomi​​​​​​​ yang dilaksanakan kerajaan, bagaimanapun aspek berkenaan lebih bergantung kepada risiko politik memandangkan​​​​​​​ pilihan raya umum akan diadakan.

“Secara strukturnya, kerajaan itu perlu mempertimbangkan pembaharuan​​​​​​​ berpanjangan dalam menangani isu yang mempengaruhi daya saing ekonomi.

“Kecekapan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dipertingkatkan, selain perlu mengatasi​​​​​​​pembangunan modal insan untuk memperkukuhkan pertumbuhan pengeluaran, khususnya dalam usaha Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya. – Bernama

 

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun...

FGV Catat Keuntungan RM20.55 Juta Suku Kedua Tahun Ini

FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.55 juta pada suku kedua berakhir 30...

Prospek positif ekonomi pacu kenaikan ringgit

Prospek positif ekonomi Malaysia disokong langkah holistik kerajaan membendung penularan COVID-19 mencetuskan peningkatan nilai...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan