Malaysia bukan lagi Tanah Melayu yang pernah merdeka, nasib Melayu di tangan bangsa DAP - pakdin.my

“Terasa penat dan letih dengan kecamukan politik negara sebagai pemerhati dan melibatkan diri dalam menganalisis pergerakan politik negara.” Ini kata-kata seorang Prof berpangkat Datuk dalam pertemuan kami semalam.

AMBO sendiri mengalami situasi sama dalam menilai dan mencongak apa yang berlaku dalam era pemerintahan Malaysia Baru.

Ekonomi rakyat tidak berubah malah makin meruncing. Keyakinan pelabur diperakui merosot bila indek saham jatuh terus menerus lebih 280 mata dari ternobatnya Kerajaan PH.

Harga Getah dan Sawit yang merupakan pendapatan golongan peneroka dan orang luar bandar terus mencatatkan harga terendah dalam masa 12 tahun. Bidang swasta tidak berkembang bila banyak syarikat mula mengurangkan staf dan kakitangan.

Penghijrahan bandar ke luar bandar meningkat akhir-akhir ini dan bertentangan dengan konsep kemajuan sesebuah negara.

Paling menggusarkan keadaan keselamatan dan keamanan negara tidak berada dalam indek yang baik apabila apa jua yang berlaku dalam negara dilihat dalam skop kaum dan bangsa.

Kes Kuil yang melanggar keputusan mahkamah dilihat dalam konteks perkauman. Kematian Adib diterjemahkan sebagai tentuan takdir ilahi yang sudah tersurat walhal ianya satu pembunuhan yang jelas. Lebih dasyat ada bangkai melayu sendiri bersekongkol dengan bangsa DAP dalam menambah kuah menyatakan Allah gagal menyembuhkan ADIB.

Menteri-menteri Islam Melayu terus menjadi bangsat dek terpaksa tunduk dengan suara pemimpin Bangsa DAP tanpa rasa bersalah terhadap tanggungjawab agama dan bangsa. Bacul dengan keputusan yang terpaksa dibolak-balik hanya untuk mengikut telunjuk Chauvanis DAP.

Perdana Menteri beria membeli dan membayar MP UMNO untuk menguatkan dan mengumpul sokongan parti sendiri(PPBM). Porak peranda seluruh UMNO sehingga Presiden terpaksa menyerah tugas kepada Timbalan Presiden hasil tekanan dalam dan luar. Tapi ianya hanya sementara apabila Abang Besar Chauvanis Pimpinan DAP bersuara maka Atok kecut perut dan menarik “handbreak” tidak lagi terima MP UMNO yang dah istihar keluar UMNO.

Ia bukan soal PPBM, PKR atau UMNO juga PAS tapi ianya berkisar soal kekuatan dan kuasa Bangsa DAP yang menguasai politik negara hari ini. Jika Melayu masih tidak sedar mereka sedang diperintah oleh kuasa Cina DAP ini maka amat malanglah Bangsa Melayu kerana bangsa ini sedang diberikan ubat khayal dan pelali yang cukup kuat sehingga gagal menyedarkan melayu bangsat ini bahawa mereka sedang disuap daging babi yang bertanda Daging Lembu.

Porak peranda Kerajaan PH di Perak hanya kerana MB Melayu enggan meluluskan permohonan tanah kaum Cina DAP di Kg Baru untuk 999 tahun. Kecoh Melaka apabila pemandu van kilang menjadi Exco dari DAP yang menutup jalan orang ramai untuk ke masjid. Berselerak papantanda di Selangor kerana tulisan cina yang diimpikan Bangsa DAP yang diharamkan YTM Al Sultan.

Menteri Wilayah dakwa Nabi tak tunai janji. Perdana Menteri kata Malaikat pun buat silap. Menteri jaga Agama kata agama lain harus sama taraf dengan ISLAM di Malaysia. Pondan diberikan tandas. Aset Tabung Haji diserahkan kepada Menteri Kewangan Bangsa DAP. Mubaligh menikmati peruntukan jauh lebih besar dari Imam dan Mufti. Sekolah Cina (walau tak berdaftar) (persendirian) ratusan ribu peruntukan tapi sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan untuk majoriti Melayu hanya belasan ribu setahun.

Menteri Pengangkutan tambah AES yang kata sebelum ini janji untuk hapuskan. Janji mahu hapuskan saman AES tapi hari ini saman AES diletakkan sebagai saman mandatori tanpa ada rayuan.

Menteri paling bengong dan bebal Mazzlee Malik tukar kasut putih yang harga RM 21 sepasang kepada kasut hitam yang harga RM 47 sepasang maka bangga la Melayu Bangsa kerana pakai kasut mahal tapi menangis kakak dan abag di kampung kerana terpaksa tengoh anak pakai kasut sama tahun lepas dan banyak lagi perkara yang tak masuk akal dahulunya tapi dah berakar dalam kepala rakyat yang memilih mereka. Syabas!

Aman dan makmur Malaysia hasil dasar pemimpin terdahulu tanpa ada isu kaum dan saling menghormati. ICERD dibawa masuk DAP melalui Bangsat Hindraf kononnya menentang diskriminasi.

India miskin dan rumah ibadat dirobohkan kata Menteri di Luar Negara. India tak boleh kerja kerajaan kecuali masuk Islam kata wathymorrty walhal hakikatnya Kuil lebih banyak dari Masjid. India berselerak di kementerian dan agensi kerajaan. Wathy sendiri jadi Menteri dah 2 kali dan peguam yang berjaya dengan pendapatan lebih RM 50 ribu sebulan.

Semua diatas adalah rangkuman realiti yang AMBO cuba dan terus cuma untuk AMBO halakan kepada bangsat-bangsat melayu yang masih tak reti nak faham agar sedar dan bangun dari tidur dan mabuk ubat pelali yang diberi Bangsa DAP.

Dalam bab ni AMBO terbuka jika mana-mana pihak mahu berdebat berkaitan semua ni. Kalau takde tempat AMBO akan sediakan tempat atau studio untuk dibuat secara langsung. Syaratnya hanya Melayu Islam. Sesiapa saja. Tajuk nya mudah iaitu “Melayu Terbangsat”. AMBO yakin AMBO akan londehkan panel tersebut sehingga balik pun tak berpakaian nanti.

Melayu itu sopan dan sabar. Kerajaan boleh berubah jika lebih baik dari sebelumnya, takde masalah. Kelantan ketika ditadbir UMNO/BN ditolak rakyat dan diperintah PAS. Walau tidaklah hebat dalam mengurus negeri tetapi Agama Islam dan Bangsa Melayu tidak menjadi Bangsat. Tidak seperti Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak menerima Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Negeri kerana dari dulu di perintah Bangsa Cina.

Jangan sampai terjadi Malaysia ini sebuah negara Apartied apabila kaum Majoriti Melayu diperintah oleh Minoriti Cina. Jangan jadi Palestin yang sedikit demi sedikit tanahnya menjadi negara Israel. Jangan jadi Bangsa Rohingya di Rakhine apabila Myammar tidak lagi menghormati Islam sebagai agama yang perlu diberikan hak. Akhirnya jangan jadi rakyat Iraq yang bersorak bersama Askar Sekutu Amerika kerana berjaya tumbangkan Kerajaan Saddam tapi hari ini rakyatnya merindui Saddam dan masih ditekan oleh Bangsa Luar yang merompak hasil minyak tanpa setitik menjadi milik rakyat Iraq.

Fikir-fikirkan lah…

Apa lagi Melayu ada bila ramai Melayu Terbangsat oleh Bangsa DAP

LIHAT video:
https://youtu.be/7O2Ti2Wh_tk

Oleh: AMBO

Rujukan:
[Video] DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir
Tuan badan mengakui dgn lidah yg fasih bahawa ‘KERAJAAN HARI INI MILIK MUTLAK DAP’. Puashati macai2 dan pengundi PH.
BACA sini: https://pakdin.my/video-dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

Pelan perkukuh kuasa gagal, Mahathir akhirnya pujuk DAP?
https://pakdin.my/pelan-perkukuh-kuasa-gagal-mahathir-akhirnya-pujuk-dap/

Pengakuan Tun M: UMNO sudah bayangkan kuasa DAP tadbir negara – Ismail Sabri
https://pakdin.my/pengakuan-tun-m-umno-sudah-bayangkan-kuasa-dap-tadbir-negara-ismail-sabri/

UTAMAPOLITIKMalaysia bukan lagi Tanah Melayu yang pernah merdeka, nasib Melayu di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium