Malaysia bukan Saudi!!!! - pakdin.my

Terdapat satu posting facebook yang ditulis oleh Azman Ibrahim yang semakin tersebar dan turut dimuat naik oleh Page Rasmi Dewan Pemuda PAS.

Ia membandingkan Malaysia dengan Arab Saudi sambil membayangkan pendapatan warga Arab Saudi berbanding Malaysia, gaji jururawat dan doktor di Saudi berbanding Malaysia, tidak ada road tax dan tol di Saudi, harga kereta lebih murah di sana, perkhidmatan kesihatan percuma, pendidikan percuma di Saudi berbanding Malaysia yang ada PTPTN dan pelbagai isu remeh temeh yang lain.

Sebenarnya, perbandingan seperti ini adalah salah dan tidak adil. Mana mungkin kita boleh membandingkan sebuah negara yang merupakan antara negara terkaya di dunia yang mempunyai simpanan minyak paling besar di planet ini berbanding Malaysia?

Dengan kekayaan sebegitu mewah pun Arab Saudi telah melaksanakan GST/VAT dan telah menaikkan harga minyak domestik mereka sehingga 200% lebih tinggi dari sebelumnya!

Mengapa? Kerana mereka sedar kegawatan harga minyak yang bakal berlaku dan tidak selamanya mereka boleh bergantung kepada sumber minyak.

Banyak negara2 dunia yang sudah membuat deklarasi mahu penggunaan 100% kereta elektrik di negara mereka.

Perancis, Britain dan Norway telah menetapkan bahawa menjelang 2030, kesemua kenderaan domestik mereka adalah kenderaan elektrik.
Malah India juga telah menetapkan mereka 100% menggunakan kenderaan elektrik menjelang 2040.

Begitu juga negara2 lain seperti China, Jepun, Denmark, Germany dan Korea juga telah memberikan komitmen mereka untuk meninggalkan pasaran kenderaan petroleum dan gasoline. Hatta negeri Melaka pun telah membuat deklarasi bahawa Melaka adalah Bandar Teknologi Hijau dan bas2 yang beroperasi di Melaka kini adalah bas2 elektrik!

Para pembuat kereta dunia juga semakin banyak yang beralih dan membuat kenderaan2 elektrik dengan negara China menjadi pasaran utama kereta elektrik diikuti Amerika!

Dengan perkembangan sebegini, harga petroleum sudah pasti akan semakin jatuh dan sampai bila negara2 kuasa minyak boleh terus bermewahan?

Saudi telah memulakan dengan kenaikkan harga petrol dan cukai VAT kerana menyedari ekonomi mereka tidak mungkin mampan (non sustainable) seandainya dikekalkan dengan cara lama. Sampai bila mereka akan mampu kekalkan perkhidmatan kesihatan percuma, tiada cukai dan pendidikan percuma? Sumber utama negara mereka semakin hilang nilainya.

Malaysia menyedari perkara ini lebih awal. Kita beruntung kerana kita mempunyai sumber asli yang lain dan juga telah mendiversifikasikan ekonomi kita dengan cemerlang.

Malah, pembangunan modal insan kita adalah amat baik sehingga kita tidak lagi perlu mengimport doktor seperti Saudi. Di Saudi, bukan saja doktor yang mereka terpaksa import, malah jururawat juga terpaksa mereka import kerana kekurangan modal insan tenaga intelektual dan mahir di kalangan mereka sekalipun pendidikan mereka percuma.
Ini boleh mencerminkan bagaimana kualiti pendidikan di dalam bidang sains dan profesional di sana sebenarnya.

Berapa lama lagi Saudi boleh beri pengecualian cukai kepada rakyatnya sedangkan GST sudah diperkenalkan. Sampai masa apabila minyak semakin jatuh nilainya, dari manakah negara padang pasir seperti Saudi akan mencari wang?
Saya rasa semua boleh nampak apa yang bakal berlaku. Sebab itulah kerajaan Saudi dengan bijaknya telah melaksanakan GST, menaikkan harga minyak dan bantuan khas ala2 BR1M kepada rakyat yang layak seperti Malaysia.

Malaysia di sebalik segala kekurangannya yang sering direndah2kan oleh rakyatnya sendiri telahpun mengambil langkah awal di dalam memperkasakan ekonominya . Memang harga perkhidmatan kesihatan kita tidak percuma seperti Saudi tetapi ia antara yang termurah di dunia sehingga pembedahan major seperti Cardiac Bypass hanyalah bernilai RM 500. Dan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima rawatandi negara kita dek tidak mampu dari aspek kewangan.Mereka pasti dibantu oleh kerajaan Malaysia.

Membandingkan Malaysia dengan kemewahan sebuah negara gergasi minyak seperti Saudi adalah perbuatan tidak cerdik.

Sedangkan Saudi sendiri menyedari ekonomi mereka tidak mungkin boleh bertahan dengan cara lama dan melakukan usaha2 rasionalisasi subsidi yang drastik seperti di atas.

Seorang doktor seperti Azman Ibrahim sepatutnya boleh menilai secara holistik. Bukan dengan cara separuh masak seperti ini untuk menyesatkan pembaca.

?? ❤ ??

#DARK

UTAMAEKONOMIMalaysia bukan Saudi!!!!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium