Malaysia Catat Pelaburan Yang Telah Mendapat Kelulusan sebanyak RM186.7 Bilion Tahun lepas, melepasi sasaran. - pakdin.my

Malaysia mempunyai RM186.7 bilion ‘secured investment’ dalam pelaburan yang diluluskan (approved investment) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama pada tahun lepas, melebihi sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM148 bilion yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Pelaburan berkenaan, bagaimanapun adalah 21 peratus lebih rendah berbanding dengan RM235.9 bilion yang dicatatkan pada tahun 2014, disebabkan oleh keadaan tidak menentu ekonomi global dan diburukkan lagi dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi serta dolar AS yang lebih kukuh.

Mengumumkan prestasi pelaburan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kira-kira 4,887 projek telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah tarikan pelaburan semasa 2015, Malaysia telah menarik sejumlah RM39.5 bilion Pelaburan Langsung Asing (FDI), meningkat 11.8 peratus berbanding RM35.34 bilion yang diperolehi pada 2014.

Aliran masuk FDI dalam sektor perkilangan meningkat kepada RM17.7 bilion pada tahun yang dikaji berbanding dengan RM4.7 bilion yang dicatatkan setahun sebelum dan pelaburan domestik (DDI) berjumlah RM150.6 bilion dan menyumbang 80.7 peratus kepada prestasi keseluruhan tahunan.

“Prestasi DDI yang lebih tinggi mencerminkan sambutan yang menggalakkan dari pelabur tempatan menyahut seruan kerajaan untuk pelaburan domestik untuk merintis jalan dalam pertumbuhan ekonomi negara, “kata Ong.

Beliau berkata pelaburan dalam sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pelaburan keseluruhan pada 2015 walaupun nilai pelaburan menguncup sebanyak 29.5 peratus disebabkan oleh kejatuhan mendadak nilai projek hartanah.

Bagi sektor pembuatan, beliau berkata ia telah menarik RM74.7 bilion pelaburan dengan 680 projek baru berbanding dengan RM71.9 bilion dengan 811 projek pada tahun 2014.

Sejumlah RM25.3 bilion pelaburan telah diluluskan dalam koridor pelaburan dengan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak muncul dengan pelaburan berjumlah RM10.6 bilion.

Untuk langkah seterusnya , MIDA menyasarkan bagi mendapatkan RM53 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan dan RM68.5 bilion dalam sektor perkhidmatan dan ini tidak termasuk sektor hartanah.

“Bagi 2016, kami akan cuba untuk melakukan yang lebih baik daripada penanda aras yang ditetapkan tetapi kita perlu realistik memandangkan senario ekonomi global yang tidak menentu dan penurunan dalam harga komoditi, “kata Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata demikian pada sidang akhbar selepas itu.

Sehingga Februari 2016, pelaburan yang diluluskan, dalam perancangan berjumlah RM33 bilion dengan sektor pembuatan iaitu sebanyak RM24 bilion dan selebihnya adalah
sektor perkhidmatan berjumlah RM9.8 bilion.

Beliau berkata FDI utama bagi tahun ini dijangka dari Belanda, United Kingdom, China dan Jepun.

UTAMAEKONOMIMalaysia Catat Pelaburan Yang Telah Mendapat Kelulusan sebanyak RM186.7 Bilion Tahun lepas,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium