Malaysia, Filipina Berkerjasama Usir Sisa Penceroboh @LahadDatu - pakdin.my

opsdaulat-zahid-tenteraKerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju untuk mengdakan kerjasama erat bagi mengusir sisa penceroboh militan di Lahad Datu dan kawasan-kawasan lain di Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini telah dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin ketika beliau melawat Putrajaya pada Khamis.

“Beliau telah berjanji untuk menjalankan siasatan penuh dan membawa penceroboh ke mahkamah Filipina untuk tindakan,” kata Ahmad Zahid dalam satu sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen Ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, Taiping, Jumaat.

“Filipina juga akan menggunakan rangkaian perisikan mereka untuk mengetahui dalang di sebalik pencerobohan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan Filipina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

“Mereka sedang mengumpul keterangan lanjut.

“Peguam Negara kita juga sedang melihat pilihan sama ada Jamalul boleh dibicarakan di mahkamah Malaysia,” katanya.

UTAMABERITASABAHMalaysia, Filipina Berkerjasama Usir Sisa Penceroboh @LahadDatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium