Malaysia Guna Kaedah Cerapan Dan Kebolehcerapan Tentukan Awal Syawal – Jakim - pakdin.my

Mencerap anak bulan

Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).

Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata tidak timbul isu bagi Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal 1432 bersama-sama dengan negeri di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan bermulanya awal Ramadan dan Syawal juga adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja”.

Bagi negara Brunei, ketetapan awal bulan di negara itu berpandukan kepada rukyah dan penentuan awal Syawal akan dilakukan pada 29 Ramadan bersamaan 30 Ogos 2011 dan akan menyambut hari raya puasa pada 31 Ogos, menurut kenyataan itu.

Oleh itu Jakim berharap semua rakyat Malaysia beragama Islam sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

UTAMAMalaysia Guna Kaedah Cerapan Dan Kebolehcerapan Tentukan Awal Syawal - Jakim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium