Malaysia Mendapat Kepercayaan Arab Saudi diberi peranan Penting Membabitkan negara Islam Dan Amerika - pakdin.my

RIYADH: Malaysia sekali lagi mendapat kepercayaan Arab Saudi dalam usaha antarabangsa memerangi keganasan apabila diminta memainkan peranan penting dalam kerjasama membabitkan negara Islam dan Amerika Syarikat (AS).

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, berkenan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menghadiri Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat esok.

Sidang kemuncak itu dianjurkan sempena lawatan negara Presiden AS, Presiden Donald Trump ke Arab Saudi.

Perdana Menteri juga dijadual berucap pada sidang kemuncak itu yang bertujuan mewujudkan kerjasama mantap negara Islam dan AS dalam memerangi keganasan.

Beliau juga akan menghadiri majlis pelancaran Global Centre for Combatting Extremist Ideology di Mu’tamarat, Nasiriyah di sini.

Menurut Wisma Putra, Malaysia dijangka diberi peranan penting dalam pembangunan pusat itu kelak.

“Ini adalah satu pengiktirafan bukan sahaja daripada Arab Saudi tetapi juga negara dari serata dunia terhadap peranan aktif dan penting Malaysia dalam usaha menangani keganasan pada peringkat global,” menurut kenyataan itu.

Dalam lawatan kerja tiga hari mulai hari ini, Najib akan diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, serta pegawai kanan kerajaan.

Pada hari terakhir lawatan, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Salman serta Putera Mahkota, Mohammad Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Salman Al-Saud.

Pertemuan itu akan memberikan peluang kepada kedua-kedua pemimpin membincangkan isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.

UTAMABERITAMalaysia Mendapat Kepercayaan Arab Saudi diberi peranan Penting Membabitkan negara Islam Dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium