Malaysia Menjadi Negara Autokrasi - pakdin.my

Tadi Lim Guan Eng menyatakan kapal layar yang dirampas di Indonesia akan dipamerkan dan kemudian dijual.

Ada banyak kesalahan undang-undang di sini.

Pertama adakah ada arahan mahkamah negara ini untuk merampas kapal layar tersebut? Jika tidak ada dari mana kuasa merampas ini diperolehi oleh Kerajaan Malaysia?

Kedua adakah Mahkamah Indonesia telah meluluskan perintah penghantaran barang rampasan ini?

Atau sekadar pakatan antara Jokowi dan Mahathir? Adakah undang-undang membenarkan pencabulan seperti ini?

Ketiga, bagi tahu Lim Guan Eng, Kerajaan tidak boleh lelong apa-apa barang milik orang lain yang dirampas kecuali telah dibuktikan jenayah dan mendapat penghakiman Mahkamah untuk rampasan.

Ini sudah jadi negara komunis atau autokrasi yang kerajaan boleh buat keputusan sesuka hati, melanggar undang-undang sedia ada.

Saya tidak menentang usaha merampas kapal layar terbabit jika ia terbukti hasil dari wang negara ini yang dicuri oleh Jho Low.

Namun tindakan harus berlandaskan undang-undang bukan semberono.

Bar Council sekarang dah jadi macam tikus dalam beras ?

……………………..

‘Harap RM1 bilion, Malaysia rancang jual Equanimity’

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang dilaporkan akan tiba di negara ini esok.

Menterinya Lim Guan Eng berkata kementerian berhasrat menjual kapal layar tersebut pada harga tertinggi agar Malaysia beroleh kembali kira-kira US$250 juta (RM1 bilion) — harga yang dilaporkan bagi kapal berkenaan.

“Kapal itu akan berada di bawah jagaan kerajaan Malaysia. Tugas kementerian ialah mendapatkan nilai terbaik bagi kapal tersebut.

“Jika kita biarkan begitu sahaja, setiap hari kita perlu bayar kos penyenggaraan dan aset itu juga akan merosot dan mengalami susut nilai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Lim berkata Peguam Negara Tommy Thomas akan menyediakan dokumen berkaitan agar kawalan sewajarnya dapat dikenakan ke atas kapal layar itu.

Lim juga berkata kapal layar mewah berkenaan akan dipamerkan kepada umum sebelum dijual.
“Kita harap orang ramai dapat melihatnya. Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian,” katanya.

Hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas oleh pihak berkuasa republik tersebut kepada Malaysia.
Kapal layar itu dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Kapal itu disita di Bali pada Februari namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan kapal tersebut tidak harus dirampas dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.

Kerajaan Indonesia dilaporkan bersetuju menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia. Kapal itu kini dipercayai dalam pelayaran ke negara ini.
https://www.projekmm.com/s/1659782/harap-rm1-bilion-malaysia-rancang-jual-equanimity

………..
Rampas Equanimity: Jho Low persoal langkah Mahathir

#RuleOfLawJungle #Undang-UndangRimba #Mahazalim #Mahafiraun

Peguam Jho Low berkata rampasan kapal layar Equanimity oleh KERAjaan Malaysia tidak sah dan bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Rampasan itu dibuat berikutan permintaan peribadi Dr Mahathir kepada Indonesia.

“Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim baru beliau masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang” kata beliau, merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Low berkata, langkah terbaru kerajaan menunjukkan “betapa pantasnya kedaulatan undang-undang diketepikan daripada rejim Mahathir”.

Low berkata penyerahan kapal layar itu kepada Malaysia juga bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Kata beliau, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menyebut bahawa kapal layar itu sepatutnya berada di bawah penguasaan AS sehingga mahkamah menentukan pemilik sebenarnya.

“Tindakan sebegini semakin menjelaskan bahawa tidak ada bidang kuasa undang-undang di mana isu dalam kes ini boleh dihakimi secara adil berikutan putar belit media global yang didorong pihak berkepentingan politik bertujuan mensabitkan Low di ruang awam,” kata kenyataan itu.

https://pakdin.my/rampas-equanimity-jho-low-persoal-langkah-mahathir/

…………………….

Jangan jadikan rampasan kapal layar sebagai bahan fitnah dan persepsi untuk mengalih perhatian rakyat. Lakukan apa sahaja mngikut lunas undang-undang.

Sekiranya terbukti ambil tindakan undang-undang, jangan jadikan ianya sebagai perbicaraan awam yang merupakan perbuatan jijik dari segi undang-undang dan hukum agama.

Mungkin perlantikan Peguam Negara dari kalangan bukan Islam yang tidak mengambilkira dosa dan pahala bertujuan untuk dijadikan alat berkomplot melakukan konspirasi.

UTAMAPOLITIKMalaysia Menjadi Negara Autokrasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium