24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL

20161017-hl-milk-tarik-produk-dari-pasaran

Malaysia Milk Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan penarikan balik jualan produk susu Marigold HL dalam paket 200ml dan satu liter.

Walau bagaimanapun, arahan tersebut adalah terhad kepada produk yang tarikh tamat tempoh sehingga 7 Nov (bagi Semenanjung Malaysia) dan 11 Nov (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Menurut syarikat itu, arahan itu adalah disebabkan aduan pelanggan yang menyedari kelikatan coklat susu Marigold HL lebih tinggi daripada biasa.

Mereka berkata, walaupun aduan pelanggan hanya tertumpu kepada susu coklat Marigold HL, syarikat telah mengambil “langkah-langkah proaktif” untuk menarik balik produk-produk lain, termasuk Milk Chocolate Marigold HL, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk. Marigold HL Milk dengan Plant Sterols juga merupakan antara produk yang ditarik balik, tetapi hanya untuk pek satu liter.

“Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pembuatan kami telah mengenalpasti punca masalah ini, dan kemudiannya diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Syarikat itu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penarikan produk dari pasaran.

“Kesihatan dan keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami, dan kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan seberapa banyak maklumat dan bantuan,” katanya.

Pelanggan yang telah membeli produk makanan yang terlibat perlu mengembalikan mereka kepada syarikat unyuk penggantian atau hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1800-88-5587 atau feedback@mmsb.com.my.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan