Malaysia minat kendali lapangan terbang di Jeddah - pakdin.my

Malaysia berminat menawarkan kepakarannya kepada Arab Saudi dalam mengendalikan lapangan terbang di bandar ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengendalian lapangan terbang merupakan antara kepakaran yang Malaysia ada dan boleh ditawarkan kepada negara lain.

“Kita mesti cari peluang baharu yang boleh menyumbang pertumbuhan ekonomi dan dengan penurunan harga minyak dunia, kita kena cari kepelbagaian dari segi strategi ekonomi,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah (JEF) di sini malam tadi.

Katanya, beliau melihat pelbagai peluang ekonomi boleh diceburi di negara ini antaranya projek perumahan awam, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan pengendalian lapangan terbang seperti dilakukan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) di Istanbul, Turki.

Perdana Menteri berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari yang bermula kelmarin.

Selain menghadiri JEF, beliau juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, bertemu dengan anggota tentera Malaysia yang mengikuti eksesais di Riyadh dan rakyat Malaysia yang berada di negara ini.

Yang turut serta ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dalam pada itu kata Perdana Menteri, JEF merupakan platform untuk negara menguar-uarkan kejayaannya dan cara bagi mencapainya.

“Forum ini juga peluang untuk Malaysia mencari peluang kerjasama dengan Arab Saudi sama ada sebagai pelabur atau operator projek infrastruktur di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ber­ucap pada forum tersebut, Perdana Menteri turut berkongsi kejayaan Malaysia dalam membangunkan negara dengan cara tersendiri iaitu melibatkan syarikat swasta.

Perkongsian dengan syarikat swasta, katanya, membolehkan pelbagai projek infrastruktur dibangunkan, ekonomi berkembang selain penjimatan dana kerajaan.

UTAMAEKONOMIMalaysia minat kendali lapangan terbang di Jeddah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium