Malaysia Minta Bantuan 15 Negara Dalam Fasa Baharu Cari #MH370 - pakdin.my

MH370-SAR-15-3-14

Kerajaan Malaysia sedang berhubung bagi mendapatkan bantuan daripada sekurang-kurangnya 15 negara yang terletak di sepanjang koridor utara dan selatan di mana pesawat MH370 diterbangkan ke kawasan itu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Pengangkutan berkata, negara-negara itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

“Para pegawai sedang meminta bantuan (daripada negara-negara ini),” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa Malaysia turut bertanyakan pada negara-negara berkaitan bagi menyediakan bantuan tambahan termasuk satelit data dan analisis, kerupaan mencari, radar data dan aset maritim serta udara.

Wakil Malaysia sedang berbincang dengan semua pihak mengenai cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor itu.

“Kedua-dua koridor utara dan selatan adalah sama penting.”

Mengenai siasatan polis yang sedang berjalan ke atas anak kapal dan para penumpang, kenyataan itu berkata, polis “seperti prosedur biasa” akan membuat siasatan terhadap kesemua krew, penumpang termasuk juga jurutera yang berhubung dengan pesawat itu sebelum ia berlepas.

“Polis membuat pemeriksaan di kediaman juruterbang pada Sabtu 15 Mac. Para pegawai bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar-pakar sedang membuat pemeriksaan terhadap simulator penerbangan milik juruterbang,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa polis turut memeriksa rumah pembantu juruterbang pada Sabtu.

“Kami mohon kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang kesimpulan berhubung siasatan polis,” kata kenyataan itu.

UTAMABERITAMalaysia Minta Bantuan 15 Negara Dalam Fasa Baharu Cari #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium