25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Malaysia Patut Bangga Miliki Sistem Penjagaan Kesihatan Ketiga Terbaik Dunia @NajibRazak

healthcare_allgemein

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata, Malaysia patut berbangga kerana sistem penjagaan kesihatannya tersenarai sebagai ketiga terbaik di dunia.

Perdana Menteri dalam Tweetnya malam Isnin berkata:”Malaysia mendapat tempat ketiga terbaik daripada 24 negara dalam Indeks Persaraan Global 2014 International Living. Kita sepatutnya berbangga!”

Satu kajian oleh penerbitan Amerika itu, International Living menilai sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara dalam Indeks Persaraan Globalnya mengalahkan Sepanyol, Itali, Ireland , New Zealand dan negara-negara lain.

Malaysia mendapat tempat ketiga setelah mendapat markah 95 daripada 100 mata, sementara negara-negara di tempat dua teratas, iaitu Perancis dan Uruguay masing-masing memperolehi 97 dan 96 mata.

Indeks itu yang dikeluarkan baru-baru ini oleh majalah yang berpangkalan di Baltimore, memuji sistem penjagaan kesihatan di Malaysia memandangkan kepakaranperubatan pengamal-pengamal perubatan Malaysia adalah setaraf atau lebih baikdaripada kebanyakan negara-negara Barat.

Sementara itu, Najib dalam satu lagi Tweet terbaharu beliau malam Isnin meminta para ibu bapa supaya meluangkan masa bersama anak-anak mereka melayari laman web 1BestariNet.

Beliau berkata, menerusi laman web itu ibu bapa dapat memanfaatkan sistem pembelajaran secara dalam talian walau di mana sahaja mereka berada.

1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bagi melengkapkan 10,000 sekolah di seluruh negara dengan akses internet berkelajuan tinggi.

Ia juga merupakan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi selain bertujuan merapatkan jurang digital antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

Inisiatif kerajaan itu juga bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan Virtual Learning Environment (VLE) di semua sekolah di seluruh negara.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...