Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria (video) - pakdin.my

New York – Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian negara Timur Tengah tersebut.

https://youtu.be/E7QHCHX1aeo

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini berkata, mangsa-mangsa pelarian perang itu akan diambil secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut Najib, satu bentuk penyelesaian antarabangsa baharu adalah diperlukan untuk menangani krisis migrasi dunia.

Beliau memberitahu negara-negara PBB bahawa masyarakat dunia tidak boleh memandang sahaja krisis di Syria itu tanpa berbuat apa-apa.

Dalam ucapannya, Najib juga mengutuk bahaya ideologi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang turut terbabit dalam pertempuran, penyeksaan dan kekejaman di Syria dan Iraq serta berusaha menyebarkan dakyah jahatnya ke negara-negara Islam lain.

https://youtu.be/QaS7fLQEOWM

“Kita ialah sebuah dunia yang terdiri daripada negara-negara. Tetapi, konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita kini sudah tidak lagi mengenal batas sempadan.

“Aktor bukan negara, misalnya IS, mengancam untuk memusnahkan negara-negara berdaulat,” katanya sambil menambah bahawa terdapat 39 orang rakyat Malaysia dikesan telah terjerumus dalam aktiviti militan IS di Syria manakala lebih 100 orang berjaya disekat daripada meninggalkan Malaysia untuk ke negara itu.

Sejak seminggu lalu, seramai 150 orang ketua negara dan kerajaan dunia berkumpul di ibu pejabat PBB di sini untuk perhimpunan tahunan yang kali ini bertemakan PBB Pada Usia 70: Haluan Masa Depan Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia.

Krisis di Syria adalah antara isu utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini. Perang sejak empat tahun lalu itu adalah pertembungan berebut kuasa antara tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dengan puak yang menentangnya, termasuk kumpulan pengganas IS.

Media antarabangsa menganggarkan kira-kira 200,000 telah terbunuh dalam konflik berdarah tersebut manakala 11 juta rakyat negara itu kini menjadi orang pelarian.

https://youtu.be/ftXFRp4T0fo

UTAMAMalaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium