Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitumuqaddis sebagai ibu negara Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak mungkin sampai bila-bila akan kita setuju,” tegas Najib dalam catatan di laman Twitter berhubung tindakan Amerika itu.

Najib seterusnya berkata Malaysia tidak bergantung dengan mana-mana negara termasuk AS dalam menyatakan pendirian berhubung perkara itu

“Walaupun dia (AS) kuasa besar tetapi jangan perlekehkan Malaysia!” kata perdana menteri.

Lebih 120 negara termasuk Malaysia pada Khamis mengundi menyokong resolusi PBB yang meminta AS menggugurkan pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 128 negara menyokong resolusi itu, sembilan menolak manakala 35 lagi berkecuali.

Amerika sebelum itu menggunakan kuasa veto bagi menghalang satu draf resolusi serupa pada sidang Majlis Keselamatan PBB, Isnin lalu.

********
Rujukan:
https://twitter.com/NajibRazak/status/944435606037204992

13 KOMEN

  1. Malaysia ada katak tak ? Katak yang main Belakang ? I rasa tak ada kot !!!

    Kalau orang awam etnik Tamil Sri Lanka dibunuh, dirogol , diracun, dibakar dan Ditembak oleh Askar , Adil pulak Boleh cakap LTTE Penganas. Tak nak hirau.

    Kalau Rohingya,Palestin (Gaza),syria & bangsamoro Dibuat Macam Itu Menangis Simpati Sampai Berbaldi baldi..

  2. Berapa kali nak tepek lah. Dah jawab. Macam ada masalah mental lagi ni ni.
    Kalau ni kebetulan lalu depan pelacuran dan pelacuran tu tegur nko adakah bermakna nko melanggan pelacuran?


TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda