Malaysia tertinggi di Asia Tenggara terkait pornografi kanak-kanak dalam talian

Malaysia mempunyai bilangan alamat IP yang paling banyak yang memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak di Asia Tenggara, kata pihak berkuasa.

Jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa pelaku yang mereka berkenalan didalam talian juga dilaporkan meningkat secara mendadak.

Ramai ibu bapa Malaysia membiarkan anaknya menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan, dan lebih daripada 60% kanak-kanak menghabiskan masa di bilik sembang dalam talian di Internet setiap hari.

Data menunjukkan bahawa hampir 20,000 alamat IP di Malaysia memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak dan Malaysia berada di kedudukan tertinggi di Asia Tenggara dalam hal ini.

Asst Comm Ong Chin Lan dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (D11), dalam satu seminar mengenai “Perlindungan Siber untuk Kanak-kanak”, mendedahkan bahawa berdasarkan data yang diberikan oleh polis Belanda yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2015, kira-kira 17,338 IP alamat yang terlibat dalam pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.

ACP Ong berkata data menunjukkan bahawa sebelum 2014, dalam setahun purata 60 kanak-kanak telah diserang secara seksual oleh pelaku yang mereka telah berkenalan melalui Internet.

Angka itu meningkat kepada 184 pada 2015 dan 183 pada 2016. Sehingga Mei 2017 angka itu mencecah 117.

Difahamkan bahawa kira-kira 51% kanak-kanak berumur antara 13 dan 15 berkawan dengan pelaku melalui aplikasi pemesejan WeChat. Saluran lain termasuk Facebook, WhatsApp dan Beetalk.

Berdasarkan siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2015 terhadap kanak-kanak berusia antara 10 dan 17, 91.6% memiliki telefon bimbit sebelum umur 15 tahun manakala 88.5% mempunyai Facebook atau akaun media sosial lain.

Ia juga mendapati hanya 35.6% ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka.

Angka lain yang mendedahkan trend yang membimbangkan ialah 60% kanak-kanak perempuan dan 40% kanak-kanak lelaki akan terus berjumpa dengan orang yang mereka berkenalan dalam talian.

Chen Pei Ling dari badan bukan kerajaan ‘PS The Children’ mendedahkan pada seminar itu bahawa daripada 10 kanak-kanak yang ditinjau oleh kumpulan itu, tiga mengakui telah bertemu dengan “teman lelaki” yang mereka tidak pernah bertemu dalam kehidupan sebenar sebelum ini.

Angka dari United Nations Children’s Fund (Unicef) menunjukkan bahawa lebih daripada 60 peratus kanak-kanak atau remaja menghabiskan masa di bilik sembang dalam talian setiap hari. Dan kira-kira tiga daripada empat kanak-kanak sanggup bertukar-tukat maklumat mereka untuk “barangan dan perkhidmatan”. Sin Chew Daily/Asia News Network