26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Malaysia tidak mohon bawa pulang Sirul, jelas Australia

Bagai nak rak Menteri, pemimpin dan macai Pakatan Harapan bercakap mengenai Sirul yang kononnya akan dibawa balik untuk tujuan memfitnah Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang kononnya Sirul menjadi kambing hitam.

Dengan Bangganya mereka mewar-warkan Sirul akan dibawa pulang dan akan membuat pendedahan.

Kalau tak menipu bukan PH lah, cerita tinggal cerita dan pengikut mereka yang ‘uneducated’ I akan percaya dengan cerita-cerita fitnah. Rupanya tak pernah ada usaha nak bawa Sirul balik untuk mengelak terbongkar cerita sebenar yang akan memalukan dan mendedahkan kerja fitnah jahat mereka.

………………
Malaysia tidak mohon bawa pulang Sirul, jelas Menteri Luar Australia, Julie Bishop


Australia mengesahkan Malaysia tidak memohon untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar, pembunuh Altantuya Shaariibuu.

Menteri Luarnya Julie Bishop berkata negara itu akan mengambil kira sama ada hukuman mati wujud di negara yang memohon ekstradisi.

“[Sirul] ditahan di pusat tahanan imigresen dan tiada permohonan ekstradisi daripada kerajaan Malaysia seperti disahkan Perdana Menteri Dr Mahathir baru-baru ini,” katanya.

Bishop mengadakan perbincangan Tun Dr Mahathir Mohamad minggu ini, termasuk isu membawa pulang pesalah kes bunuh wanita Mongolia itu.

Menteri itu mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.


Dr Wan Azizah memaklumkan hal itu dibangkitkan dalam pertemuan mereka.

Disabit kesalahan bersama Azilah Hadri pada 2015, Sirul Azhar ditahan di pusat tahanan imigresen di Sydney sejak tahun itu.

Pada 2009, mereka berdua yang pernah bertugas dengan Unit Tindakan Khas (UTK) dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya pada 2006.

Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 sementara menunggu rayuan terakhir. Pada waktu itu, Sirul Azhar terbang ke Australia.


Namun negara itu melarang seseorang dibawa pulang ke negara asalnya jika berdepan hukuman mati.

Kerajaan Malaysia didesak membuka semula siasatan terhadap kes kontroversi itu setelah Sirul Azhar mendakwa beliau hanya “kambing hitam”.

https://www.projekmm.com/s/1658144/malaysia-tidak-mohon-bawa-pulang-sirul-jelas-australia

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan