Malaysia tumpas, peluang ke Olimpik hampir tertutup #pakdin.my

hoki-malaysia-india
Peluang skuad hoki negara untuk ke Sukan Olimpik tahun depan hampir pasti tertutup selepas anak-anak buah Tai Beng Hai tumpas 2-3 kepada India dalam perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium sebentar tadi.
Kekalahan itu menyebabkan skuad negara terpaksa mengharapkan peluang tipis yang diberikan kepada beberapa pasukan, termasuk yang berada di kedudukan lebih baik berbanding Malaysia, menerusi senarai menunggu untuk ke Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Untuk mendapatkan peluang tipis itu, Malaysia perlu menamatkan kejohanan ini dengan menduduki tempat kelima dalam aksi klasifikasi.

Berkaitan