#MalaysiaBaru: Asyik ulang cerita kitar semula – ekonomi negara tak terjaga, janji tidak ditepati

#FaktaBukanAuta #MalaysiaMemilih #JanjiPakatanHarapan #PakatanPHitnah

Najib punya hal tu tak kisahlah… Ada bukti bawa ke mahkamah… Kalau betul salah penjarakan..

Tapi nak tanya kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini..

Nilai ringgit dah jatuh sampai RM4 = 1USD.

Harga sawit dah jatuh dari RM2, 340 satu tan ke RM2247.

KWSP dah rugi lebih RM6 billion.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia dan menyusut dari USD109.5bilion kepada USD107.9bilion, hilang USD1.6bilion

Pasaran saham Bursa Malaysia tiap-tiap hari mata menurun sebab pelabur dah bawak keluar duit berbillion Ringgit.

Projek banyak yang dah sangkut alasan nak berjimat.

Kutipan cukai dah tiada dan menjelang bulan Septembet negara bakal kehilangan sumber pendapat sekitar RM21 billion.

Peluang pekerjaan makin kurang untuk anak muda. 1, 7000 kakitangan awam baru sahaja diberhentikan ( sebelum PRU DS Najib janji 40,000 peluang pekerjaan – sekarang dah hangus)

Peluang menunaikan ibadah Haji untuk 1200 jemaah pun sudah dibatalkan.

Harga barang tak pernah turun kecuali tomato, sekarang minta derma pulak.

Ehh banyak lagilah kalau nak sembang.

Isunya tak kan Perdana Menteri atau Puak Pakatan nak sembang pasal Najib 24 jam.

Bila nak bekerja majukan negara?

Asyik dengan cerita-cerita kitar semula sahaja.

Altantunya lah, Teoh Beng Hock lah, 1MDB lah, RM2.6bilion, beg tangan Rosmah, hutang RM1 trillion yg tak tau kesahihannya lah.. dan lain-lain lagi…

Tak kan kita nak sembang pasal Najib memanjang untuk 5 tahun ni. Kalau Najib masuk penjara sekalipun tak kan harga saham boleh naik atau harga barang boleh turun.

Malaysia ni sejak merdeka sampai sekarang hanya pasal Najib saja ka??

Come on lahhhh… letih lesu dah dengar ulang tayang benda yg sama. Walk your talk.

Kalau setakat nak meminjam duit orang, baru nak dikatakan bekerja, aaiihhh payah lah macan ni.

Negara perlukan pelaburan jangka panjang bukan hutang jangka panjang….???..

Tak kan sampai nak bankrapkan negara baru nak mula kerja.

Kabinet pun tak siap-siap lagi…

Alahaiii kerajaan Pakatan Harapan ?????

http://pakdin.my/tag/ekonomi
http://pakdin.my/tag/najib-razak

23 Replies to “#MalaysiaBaru: Asyik ulang cerita kitar semula – ekonomi negara tak terjaga, janji tidak ditepati

  1. Ini bukan MALAYSIA BARU tapi adalah MALAYSIA LAPOK …. sbbnya adalah asyik ulang tayang cerita yg sama ajer …. bila lagi kerajaan baru nak buat kerja utk memajukan negara? Negara dah hampir nak muflis dan rasanya kabinet tak siap lagi … apaaaa …. punya kerajaan lah nI Lembab …. yg dia tahu asyik nak cari kesalahan org dan asyik nak memenjarakan org ajer kerja nya…. bosan betul …..really really cheykai!!!.

    1. Sejak PH memerintah tergerak hati untuk menyelidiki “Key Factors” mereka boleh menang. Ternyata mereka menggunakan budaya fitnah-hasut, perang saraf menggunakan gajet dengan menjadikan isu 1MDB-GST mondus operandi kepada masyarakat. Kalau di Selangor ( saya bekerja-menyewa di sini dah 12 tahun ) kempen mereka menyerang peribadi-keluarga DSN siang dan malam, BN terlalu lama memerintah, menggunakan media-social ( youtube ) salah laku pemimpin kerajaan terdahulu serta isu pengganguran di kalangan golongan muda terpelajar. Tiada budaya memberi cadangan-pendapat bagaimana bersama-sama menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi negara. Apakan daya masyarakat ” uneducated ” telah mempercayai-mengundi mereka dengan majoriti di Selangor. Statistik mendapati majoriti generasi muda era lahir tahun 80-90an memangkah mereka kononnya hendak membuat perubahan langskap politik Malaysia yang baru. Akibatnya Islam-bangsa-maruah tergadai dipinggirkan. Seronok-gembira BN tumbang. Tapi apa yang berlaku DAP terus mengukuhkan cengkaman mereka di Selangor seperti perancangan jangka panjang mereka untuk mewujudkan malaysia-Malaysian. Tidak mustahil perkara ini berlaku Nanticoke untuk 10-20-60 atau 100 tahun lagi. Apabila buta sejarah tanpa mengambil pengajaran pasti terjerat. Search membuktikan. DM cuma sebagai boneka saja serta yang master-mind adalah Dap. Kalau dibandingkan dengan PKR ( junior )mereka seangkatan dengan UMNO. Pengalaman yang begitu lama arif-pakar selok-belok budaya politik malaysia dengan menjadikan UMNO “main target”. Tengoklah metodologi bagaimana pakatan ini mentadbir negara. Ini belum sampai 100 hari janji manifesto mereka dah pelbagai macam persoalan-masalah yang timbul. Maklumlah pertama kali dapat pegang kuasa-memerintah. Asyik isu yang sama-basi dimanipulasi tontonan masyarakat. Konklusinya Pkr-Dap-Ppbm-Pan mempunyai agenda tersendiri visi-misi demi survival parti masing-masing. Mana mungkin mereka bersatu-senada fikiran-tenaga cuma zahir nampak tetapi dalaman saling bertentangan. Ingatlah masyarakat tionghua tidak akan mengundi-menyokong selain dap walau pun mereka nampak mesra dengan bangsa lain. Tak perlu saya terang dengan terperinci. Di Selangor dah membuktikan. Mereka tidak puas dengan membolot ekonomi negara tetapi mengidam untuk menguasai politik negara pula walaupun terpaksa bersekongkol dengan ras lain untuk mencapai matlamat mereka pada jangka masa panjang. Kufar tetap kufar kita mesti sentiasa berwaspada tipu-muslihat mereka walaupun nampak zahir baik tetapi hati nurani penuh curiga dengan etnik-ras lain, namun yang paling bahaya adalah golongan munafik-Islam Liberal-sekularime-pluralisme dsbnya yang sentiasa berinteraksi dengan kita untuk menimbulkan kekeliruan dan tatacara baru mengikut budaya ” Borderless World ” acuan barat

  2. Zaman dulu-dulu Kalau kita tengok wayang kulit sama juga dimana kampung pun cerita yang sama tetapi bila Pakatan Harapan memerintah kita hari-hari dalam televisyen cerita yang sama juga bukan dengar takbir negara masing-masing nak gila kuasa siapa yang nak dapat jawatan menteri-menteri tu padahal banyak kerja lagi boleh buat Nak salahkan orang lain Kalau diri kita itu tak bersalah tak kisah Tun Dr Mahathir pun banyak skandal dalam dunia ni tapi dia duk salahkan orang lain buatlah kerja untuk rakyat dan negara tolong laksanakan janji janji Pakatan Harapan dan manifesto dalam pilihanraya cuba turun harga barang-barang kata negara hutang satu lilin itu adalah pembohongan besar Tun Dr Mahathir dan menteri kewangan apa yang kita nak tengok adalah negara jiran Singapura hutang di bank dunia adalah 17 trillion mereka pun tak kata mereka susah tak minta sedekah merata kampung ini nak berlakon Takut orang ramai minta laksanakan janji-janji yang mereka tabur waktu pilihanraya tak boleh dilaksanakan dengan pembohongan supaya memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia bermakna kamys usaha dilaksanakan pada hal benda tu memang tak boleh dilaksanakan dengan janji-janji bohong biar takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala Allah kalau manusia itu janji mesti ditunaikan Itu baru janji nak buat alasan tak ada duit kononnya padahal Tun Dr Mahathir dan keluarga miliki berbilion-bilion duit

  3. Facebook Comments