#MalaysiaBaru: Pelancong UK dikelar di Pulau Pinang - pakdin.my

Seorang pelancong lelaki warga Britain cedera di leher selepas dikelar dengan pisau pemotong kertas di hadapan sebuah restoran di Jalan Penang, Georgetown hari ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi tadi, mangsa yang berusia 39 tahun dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya terbabit dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki tempatan.

Katanya, polis sudah menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan merampas senjata yang dipercayai digunakannya ketika mencederakan mangsa.

“Mangsa kini masih belum sedarkan diri dan sedang menjalani pembedahan di hospital,” katanya dipetik.

Anuar berkata, pihaknya juga sedang memburu beberapa suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

https://pakdin.my/tag/jenayah

UTAMABERITA#MalaysiaBaru: Pelancong UK dikelar di Pulau Pinang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium