#MalaysiaBaru: Usul Memansuhkan Agama Daripada Kad Pengenalan Bakal Dibentang – Ahli Parlimen PKR

Kongsi

Ahli Parlimen bagi kawasan Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang untuk mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan, demikian menurut status Facebook milik ahli Parlimen tersebut.

Menurutnya, “Saya bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan di dalam kad pengenalan kita.”

Pendirian ini adalah sejajar dengan tuntutan beberapa pihak sebelum ini yang mahukan supaya kad pengenalan rakyat Malaysia tidak memasukkan maklumat agama.

Hanya penganut Islam di Malaysia mempunyai identiti agama di dalam kad pengenalan mereka.

Beberapa kes saman ke atas Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini, telah dibuat oleh individu-individu yang telah murtad dari agama Islam setelah permohonan mereka untuk membuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan mereka gagal.

Sumber:

https://www.menara.my/usul-memansuhkan-agama-daripada-kad-pengenalan-bakal-dibentang-ahli-parlimen-pkr/


Kongsi

93 Replies to “#MalaysiaBaru: Usul Memansuhkan Agama Daripada Kad Pengenalan Bakal Dibentang – Ahli Parlimen PKR

    1. Abdulrahman Hashim Alhamdulillah… Tak pe sbb yg banyak aku nampak hanya lah emosi and argument without facts. .
      Aku nak tunggu dan lihat.. Apakah outcome isu ni.. PH is full of surprises.. Tengok mcm mana Tun M bawa PH kemenangan yg tidak disangka pd PRU 14..
      Maka In Sya Allah sama juga Tun M n his team will look into this issue with utmost sensitivity…dan dgn bijaksana..

    2. Yup two of my friends have bin & binti, but they’re non muslim. Ini yg kita katakan kerisauan apabila ph yg memerintah krn DAP ada di dalamnya. DAP adalah salah satu parti yang LANTANG mempertikaikan agama Islam… sedangkan kita sbg Muslim telahpun menyantuni mereka sehabis baik. Di dalam DAP ada Ambiga. Ambiga adlh antara individu yg pernah membawa isu murtad & lgbt ke luar Malaysia, setelah rayuan mereka ditolak oleh sistem penghakiman di Malaysia. Skrg Ambiga adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa hak asasi manusia Malaysia. Berkawan baik dgn siti kassim & marina mahathir, yg menerajui Sister in Islam. Bagaimana kita nak “trust” Mahathir sedangkan anak perempuan dia merupakan penggerak sister in islam ya.