#MalaysiaBaru: Usul Memansuhkan Agama Daripada Kad Pengenalan Bakal Dibentang – Ahli Parlimen PKR - pakdin.my

Ahli Parlimen bagi kawasan Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang untuk mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan, demikian menurut status Facebook milik ahli Parlimen tersebut.

Menurutnya, “Saya bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan di dalam kad pengenalan kita.”

Pendirian ini adalah sejajar dengan tuntutan beberapa pihak sebelum ini yang mahukan supaya kad pengenalan rakyat Malaysia tidak memasukkan maklumat agama.

Hanya penganut Islam di Malaysia mempunyai identiti agama di dalam kad pengenalan mereka.

Beberapa kes saman ke atas Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini, telah dibuat oleh individu-individu yang telah murtad dari agama Islam setelah permohonan mereka untuk membuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan mereka gagal.

Sumber:

https://www.menara.my/usul-memansuhkan-agama-daripada-kad-pengenalan-bakal-dibentang-ahli-parlimen-pkr/

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA#MalaysiaBaru: Usul Memansuhkan Agama Daripada Kad Pengenalan Bakal Dibentang – Ahli Parlimen...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium