30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

MALAYSIAKINI DEDAHKAN PEMBOHONGAN MAHATHIR DAN DAP

Apa sudah jadi with Mkini? Geoge Soros dah potong dana ke? Mkini menggunakan rakaman video Mahathir untuk menunjukkan bahawa DAP dan Mahathir adalah pembohong besar berkaitan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri.

20170120-mahathir-dap-temberang-350px 20170120-mahathir-dap-temberang


KATA-KATA SAYA DIPUTAR BELIT, MAHATHIR BERITAHU KIT SIANG

Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai DAP kononnya meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pagi ini, menurut Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong yang turut hadir dalam perjumpaan itu.

“Kit Siang dan Mahathir bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan ekonomi, pelaburan langsung asing, memperkasakan politik Sabah dan Sarawak selain penjelasan dalam penjajaran politik.

“Mengenai persoalan mengenai jawatan timbalan perdana menteri, Mahathir menjelaskan bahawa media tertentu telah memutar belitkan kata-katanya. Beliau hanya berkata pernah mendengar cadangan sedemikian,” tambahnya.

Sementara itu, Liew berkata, Kit Siang memaklumkan kepada bekas perdana menteri itu bahawa DAP tidak meminta jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, MCA adalah parti yang mahu jawatan timbalan perdana menteri kedua pada April 2009 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawat kerusi berkenaan.

“DAP adalah sebuah parti yang ideal dan idea, bukan pihak yang mengejar jawatan demi kuasa. Perjuangan politik DAP untuk selamatkan Malaysia dan membangunkan institusi demokrasi Malaysia yang lebih baik,” tambahnya.
______
Rujukan:
http://m.malaysiakini.com/news/369960

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan