26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

MALAYSIAKINI PERLU JAWAB SUMBANGAN WANG SOROS

PORTAL Malaysiakini mendapat pembiayaan dana berbentuk wang dari kuasa asing dengan tujuan tertentu?

Ini dijelaskan melalui kebocoran sebuah dokumen dalaman daripada Foundation Open Society George Soros. Kebocoran dokumen berkenaan melalui sebuah laman web dikenali sebagai DS Leaks.

Menurut dokumen berkenaan, George Soros mempunyai “niat tersembunyi” terhadap negara kita, Malaysia. Ia juga ada kaitan mahu melihat parti pembangkang menguasai Kerajaan Malaysia, namun ia tidak mahu terlalu terang-terangan.

Katanya, pembiayaan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada portal propembangkang tersebut, malah BERSIH dan Merdeka Center juga turut menerima sumbangan berkenaan atas alasan kearah pilihan raya “yang bebas dan adil” di Malaysia.

Open Society Institute (OSI) yang dipunyai oleh George Soros dipercayai mempunyai saham 29% dalam Malaysiakini.

Pada 30 Julai 2015, dalam satu tulisan di Facebooknya, Maria Chin Abdullah pernah mengakui mendapat dana dari National Democratic Institute, NED dan OSI.

“Yes, we did take money from Ndi dan Osi, but not NED” ini pengakuan Marina Chin.

Pengakuan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah itu membuktikan mereka ada mengambil dana asing untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Terdahulu, semasa BERSIH 4.0 yang lalu Maria hanya membuat alasan akan menjawab di mahkamah mengenai dana RM2.4 juta yang diterima, namun tidak menafikan.

Setelah kebocoran dokumen melalui DS Leaks ini, Malaysiakini pula harus berani untuk menjawab tentang pembiayaan wang dari Soros ini.

Malaysiakini terkenal sebagai sebuah portal yang berani mendedahkan pelbagai isu berkaitan kerajaan, kenapa pula dalam isu ini mereka harus mendiamkan diri begitu sahaja?

Jika melihat kepada serangan propaganda media daripada Malaysiakini khususnya semasa himpunan BERSIH, tidak mustahil portal berkenaan turut menyokong kearah pilihan raya “bersih dan adil” yang mana juga dipercayai agenda Soros di negara ini.

Jangan hanya berdiam atau cuba melarikan diri begitu sahaja. Malaysiakini harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan sejujurnya. Sila jawab mengenai sumbangan wang Soros kepada anda segera.

Pihak berkuasa perlu menyiasat akaun syarikat Bersih & Adil Network Sdn Bhd yang dimiliki oleh Maria Chin Abdullah. Juga akaun Malaysiakini harus diaudit dan dibentang pada umum.

Hampir 11 bulan yang lepas, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima dana RM1.2 bilion dari Israel.

Sampai sekarang DAP masih belum menjawabnya. Sama juga seperti kes dana Soros ini, Malaysiakini perlu menjawabnya dengan segera.

Benarkah 29% saham Malaysiakini dimiliki Soros?

20161030-program-malaysia-osf-george-soros

20161030-osf-soros-pendedahan-1

20161030-osf-soros-pendedahan-2

20161030-osf-soros-pendedahan-3

https://pakdin.my/pendedahan-memo-dalaman-open-society-fund-osf-george-soros-mengenai-perancangan-mereka-terhadap-malaysia/
 
https://pakdin.my/wikileaks-pendedahan-george-soros-gerakan-anti-najib-lobi-amerika-tumbangkan-najib/

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan