25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Malaysiakini: Sendiri Buat Fitnah, Rakyat Pula Kena Tanggung Samalah Dengan Rafizi

Sudah namanya pembangkang, kesalahan yang dilakukan sendiri diminta pula rakyat yang menanggung.

Baik pemimpin pembangkang ataupun portal yang cenderung kearahnya, dengan tebal muka dan selamba meminta bantuan rakyat untuk mengumpul ratusan ribu bagi menutup kesalahan memfitnah yang mereka lakukan.

Itupun dalam pada keadaan mereka meuar-uarkan kepada rakyat tentang ‘kezaliman’ kerajaan yang menekan kos hidup rakyat, pembangkang pula merompak duit rakyat yang sepatutnya bukan rakyat yang patut tanggung.

Nah, menggunakan istilah pengorbanan, jadi rakyat juga kononnya perlu berkorban secara rela hati dengan menghulurkan sedikit wang demi masa depan negara.

Hal ini dahulunya dikaitkan dengan Ahli Parlimen PKR Pandan yang juga merupakan Naib Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli, cuba merompak duit rakyat sebanyak RM300 ribu bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan kemungkinan tidak mampu membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kali ini portal Malaysiakini pula membuat gerakan yang sama dengan memohon sumbangan rakyat mengumpul RM350,000 selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam satu kes fitnah.

Jumlah yang dianugerahkan oleh Mahkamah Rayuan kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM) terdiri daripada gantirugi RM200,000 dan kos perundangan RM150,000.

“Dan sekiranya penangguhan itu tidak diberikan, kami perlu membayar RM350,000 pada minggu-minggu akan datang. Jika tidak, RAGM boleh mengambil tindakan penggulungan terhadap Malaysiakini,” kata pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

Pada 23 Mei 2016, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Rosnani Saub menolak tuntutan RAGM terhadap Malaysiakini dan tiga kakitangan editorialnya.

Penduduk di Bukit Koman di Raub, Pahang mendakwa penggunaan bahan kimia berkaitan sianida untuk mengeluarkan emas di lombong RAGM telah memberi kesan kepada kesihatan mereka.

RAGM mengemukakan saman fitnah selepas Malaysiakini melaporkan mengenai aduan mereka, yang melibatkan tiga laporan berita dan dua video.

Salah satu daripada laporan berita itu adalah mengenai penduduk kampung menyuarakan kebimbangan terhadap kegiatan perlombongan dekat kampung mereka manakala dua lagi adalah sidang akhbar yang diadakan oleh penduduk kampung. Klip video itu adalah dari sidang akhbar tersebut.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa portal berita itu berjaya dalam pembelaannya berasaskan ‘qualified privilege’ – Reynolds privilege – yang memboleh kewartawanan dan reportage yang bertanggungjawab.

Ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan semalam berikutan rayuan dari syarikat perlombongan emas itu.

Dalam hal ini, kesannya adalah berlipat kali ganda apabila bukan sahaja wang rakyat dirompak secara rela hati, tetapi pemikiran rakyat juga akan terpesong dengan dakyah yang pembangkang racunkan kepada mereka.

Ia sekaligus memberi beban kepada kerajaan untuk memperbetulkan persepsi rakyat terhadap pentadbir hari ini.

********
Malaysiakini mohon bantuan orang ramai untuk bayar gantirugi RM350,000

Malaysiakini memohon bantuan orang ramai untuk membantunya mengumpul RM350,000 selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam satu kes fitnah.

Jumlah yang dianugerahkan oleh Mahkamah Rayuan kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM) terdiri daripada gantirugi RM200,000 dan kos perundangan RM150,000.

Baca seterusnya disini
https://m.malaysiakini.com/news/408388

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan