Malindo Air Buat Pendaratan Cemas Di Thailand

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

malindoair-Boeing 737-900ER

\Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal.

Pesawat yang sepatutnya tiba di KLIA2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini.

Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.

“Sebaik mengenal pasti masalah teknikal, kru operasi melaksanakan senarai semakan kecemasan menurut prosedur operasi standard dan memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum menukar haluan ke Don Mueang.

“Kebajikan penumpang kini dijaga oleh Thai Lion Air dan usaha sedang diambil untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur menerusi satu penerbangan yang dijadualkan pada 3.45 petang ini waktu Thailand,” kata kenyataan itu.

Malindo Air berkata pihaknya sedang meneliti punca masalah teknikal itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk pengeluar.

BACA juga:

Leave a Reply