Mampu kah kehadiran Dr Mahathir tarik sokongan pengundi? - pakdin.my

Ala tak payah datang dengar Mahathir ceramah lah. Buang masa! Sama saja skrip nya, Najib penyamun mahkamah dah suruh Najib bela , kita sedang pulihkan negara.. bla bla bla

Sukar hendak pulih kerosakan 60 tahun dalam masa 5 tahun (22 tahun kerosakan yang dilakukan oleh beliau sendiri )

P/s:
Setakat ini PH hanya mampu serah projek kepada kroni, jual aset dan tambah hutang baru.

…………………..
Kehadiran Tun M tarik sokongan pengundi

Kehadiran Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan pada ceramah mega di Kukup, Tanjung Piai esok akan membawa aura untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini berkata, kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi tumpuan masyarakat Tanjung Piai beliau bukan lagi pemimpin Barisan Nasional.

“Sokongan sewajarnya patut diberikan kepada Pakatan Harapan sebab Tun merupakan pemimpin PH dan kerajaan PH sedang berusaha untuk memulihkan negara secara serius dan ini penting untuk disampaikan kepada pengundi.

“Kehadiran pemimpin utama itu juga akan membawa aura positif menarik keyakinan sokongan masyarakat dan pengundi Tanjung Pie sebab beliau bukan sahaja tokoh disegani dalam negara tapi juga di luar negara.

“Kami memang mengharapkan kehadiran Tun sebab ia tertumpu kepada pengundi kerana seperti apa yang Tun sebut semalam ada sesetengah rakyat tidak tahu bahawa Tun bukan lagi Perdana Menteri di bawah Barisan Nasional tetapi pemimpin PH,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyaksikan proses pengundian awal pegawai dan anggota pilis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pagi ini.

Katanya, Dr. Mahathir akan turun berceramah di Terminal Bas Kukup Laut pada pukul 8.30 malam esok. – Malaysia Gazette

UTAMAPILIHAN RAYAMampu kah kehadiran Dr Mahathir tarik sokongan pengundi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium