Mampu Melancong Walau Tak Cukup Makan - pakdin.my

Bagi 10 bulan pertama (Januari – Oktober) tahun 2017, Jepun melaporkan bahawa 322,683 rakyat Malaysia melawat negara mereka.

Ini adalah pertumbuhan 12.6% berbanding tempoh yang sama pada 2016 sebanyak 286,543 dan 50% lebih berbanding 215,702 bagi tahun 2015.

Pada tahun 2009 apabila Najib pertama kali menjadi PM, hanya 65,010 rakyat Malaysia melawat Jepun bagi tempoh Januari -Oktober.

Ini bermakna peningkatan 400% rakyat Malaysia melawat Jepun pada tahun 2017 berbanding tahun 2009.

GST Jepun meningkat dari 5% kepada 8% pada tahun 2013 tetapi itu tidak menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun.

Sejumlah 249,521 rakyat Malaysia telah menikmati Sushi asli di sana pada 2014 berbanding 176,521 pada tahun 2013.

Mari kita lihat jika peningkatan GST yang dirancang hingga 10% pada Oktober 2019 akan menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun. Saya yakin tidak akan berlaku.
https://www.japantimes.co.jp/news/2017/08/05/national/politics-diplomacy/abe-reaffirms-plan-complete-doubling-consumption-tax-2019/#.WkczVEqWbIU

Sementara itu, 242,405 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2017 – peningkatan lima kali ganda berbanding hanya 52,260 rakyat Malaysia dalam tempoh yang sama tahun 2009 untuk menikmati kadar GST 10% Korea.

Selama 8 tahun berturut-turut, semakin ramai rakyat Malaysia setiap tahun ratibnya mengenai Malaysia terjerumus ke arah kebankrapan dan kezaliman GST 6% tetapi mampu membayar ribuan Ringgit (mungkin dari menjual organ mereka) untuk bercuti ke Jepun atau Korea dan menikmati kadar GST 8% atau 10% negara tersebut, yang tentunya tidak kejam.

LSS.

UTAMAEKONOMIMampu Melancong Walau Tak Cukup Makan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium