25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Mampukah Wan Azizah Memikul Tanggungjawab di Kajang? #PRKKajang #KajangMove

wan-azizah-karpal

Walaupun Wan Azizah diperlihatkan seolah-olah calon ‘minit terakhir’ tetapi dari beberapa sumber memberitahu bahawa pencalonan beliau telah dirancang sejak dari awal.  Strateginya adalah tidak lain tidak bukan, untuk menjadi platform bagi Anwar mempolitikkan keputusan rayuan kes liwatnya yang beliau sendiri tahu amat sukar untuk dimenangi.

Seperti yang kita tahu, Wan Azizah adalah tidak lebih daripada ‘simbol’ kepada kewujudan Anwar.   Tugas Wan Azizah selama ini hanyalah untuk ‘menjaga’ kerusi bagi pihak ataupun sementara keadaan mengizinkan untuk beliau menyerahkannya kepada Anwar – tidak lebih dari itu.   Tidak kira kerusi Presiden atau kerusi ADUN, Wan Azizah sebenarnya tidak punya apa-apa fungsi yang lebih dari itu.

Ketika menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada Anwar, Wan Azizah ada menyatakan yang beliau ingin “meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka”.

Dari kata-katanya, beliau nampaknya ingin berehat dan enggan lagi aktif berpolitik. Namun, pencalonan beliau di Kajang memperlihatkan sikap putarbelit ahli politik yang sama seperti suaminya.

Bagaimana Wan Azizah boleh meluangkan masa dengan cucu, menjaga suami, menjadi ADUN dan menjadi Presiden parti sekali gus?

Rekod perkhidmatan Wan Azizah di Permatang Pauh cukup menyedihkan.  Beliau tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada Permatang Pauh walaupun kawasan tersebut kini berada di bawah jajahan Pulau Pinang iaitu negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sebagai Presiden juga Wan Azizah tidak lebih dari sekadar boneka.

Satu-satunya kebolehan Wan Azizah ialah menjadi peraih simpati terhadap Anwar Ibrahim.  Pendek kata, Wan Azizah tidak punya ciri-ciri kepimpinan langsung dan beliau bukanlah seorang pemimpin yang berkesan.


Oleh itu, rakyat Kajang perlu ingat bahawa yang menjadi pertaruhan dalam PRK ini bukanlah nasib Anwar mahupun Wan Azizah tetapi diri sendiri dan keluarga.  Tugas seorang ADUN bukan untuk menarik simpati orang ramai, tetapi untuk berkhidmat untuk orang ramai.

Jika Wan Azizah telah terbukti gagal menjadi Presiden yang berkesan dan gagal juga untuk menjadi ADUN yang berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh sebelum ini, apa lagi yang dapat diharapkan oleh pengundi Kajang darinya?

Apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang mensabitkan Anwar bersalah serta masalah rumahtangga anaknya, Nurul Izzah, pastinya sukar untuk Wan Azizah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rakyat Kajang sekiranya beliau menang.

Kita sudah melihat bagaimana Wan Azizah berperanan ketika Anwar di penjara dahulu di mana beliau asyik keluar negara dan ke hulu ke hilir berkempen untuk bebaskan Anwar.

Perkara yang sama bakal berlaku, atau lebih tepat, sedang berlaku di Kajang di mana isu yang dibawa ke sana ke mari dalam  kempen PR ialah ‘Anwar Ibrahim’.

Sekali lagi diingatkan bahawa PRK bukanlah bertujuan untuk membolehkan rakyat membantu pemimpin, tetapi untuk pemimpin membantu rakyat.  Sebelum menghulurkan simpati pada Wan Azizah, simpatilah pada diri sendiri terlebih dahulu.

Sudah cukup Anwar Ibrahim mempersendakan demokrasi, mengusutkan hidup rakyat dan membazirkan wang negara melalui perletakan jawatan ADUN Kajang tanpa sebarang sebab.  Janganlah rakyat Kajang pula memberi sokongan kepada pihak yang mengusutkan hidup mereka.

Tidak cukup lagikah bukti bahawa Anwar, keluarganya dan partinya merupakan pihak yang amat tidak bertanggungjawab?   Pengundi jenis apakah yang sanggup memilih pihak yang sengaja telah membazirkan wang negara sebagai wakilnya?

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...