Mana dia laporan dana GST ‘dirompak’ seperti yang dituduh oleh Guan Eng? - pakdin.my

Hampir setahun sudah berlalu selepas Guan Eng membuat tuduhan BN “rompak” RM19.2 bilion duit input GST tapi:

– tiada tindakan diambil walaupun telah setahun kita telah buat laporan polis terhadap kita sendiri atas “rompakan” ini.
– Bila kita tuntut RCI untuk “rompakan” besar-besaran ini, PH tak mahu buat.
– laporan audit negara kerajaan PH menunjukkan kebanyakkan tuntutan tunggakan bayaran balik input GST memang tidak patut dan tidak layak untuk dibayar.
– Kebanyakkan tuntutan tunggakan yang layak dibayar ini juga berlaku untuk bulan April dan Mei 2019 – bermaksud bayaran balik untuk bulan-bulan itu adalah tanggungjawab PH kerana tungakan sesuatu bulan akan dibayar pada bulan berikutnya.

Lepas itu, Guan Eng gunakan alasan mahu bayar balik “rompakan” untuk paksa Petronas bayar dividen RM82 bilion.

Lalu dia berjanji bahawa bayaran balik ini akan dibuat mula tahun 2019 ini.

Tetapi laporan Perbendaharaan Negara dari Menteri Kewangan minggu lepas menunjukkan bahawa hanya RM2.5 bilion telah dibayar untuk tuntutan cukai pendapatan dan RM3 bilion untuk input GST sahaja telah dibayar balik di dalam tempoh suku pertama tahun 2019.

Oleh itu, saya nak tengok apa yang terkandung dalam laporan PAC ini.

Facebook Najib Razak.

Rujukan:
Najib ‘menanti-nanti’ laporan PAC berhubung dana GST hilang
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/09/najib-menanti-nanti-laporan-pac-berhubung-dana-gst-hilang/

Berkaitan:
https://pakdin.my/tag/gst

UTAMABERITAMana dia laporan dana GST 'dirompak' seperti yang dituduh oleh Guan Eng?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium