Mana pergi anggota keselamatan sampai menteri panjat pagar? - pakdin.my

Ahli Parlimen Klang (DAP), Charles Santiago melahirkan rasa hairan dengan kejadian yang menimpa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terpaksa memanjat pagar untuk menyelamatkan diri.

Malah dalam nada menuding jari, pemimpin DAP itu mempersoalkan mengapakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal menjaga keselamatan Syed Saddiq.

“Satu imej (Syed Saddiq panjat pagar) yang membolehkan secara umumnya menyoal pelbagai perkara. Saya sedang bercakap tentang seorang yang bergelar menteri, Syed Saddiq yang terpaksa melarikan diri menyelamatkan dirinya dari orang ramai.

“Persoalannya, apa yang terjadi dengan keselamatan sepatutnya diberikan kepada Syed Saddiq? Siapakah yang mengetuai protokol beliau? Mengapakah Syed Saddiq terpaksa berlari kerana takut dengan keselamatan diri?

“Soalan lebih penting, di manakah polis yang menjaga keselamatan menteri?

“Baguslah kita dengar berita ada dua orang telah ditangkap berikutan insiden ini tapi persoalan lebih besar, mana mereka? Tangkapan ini sahaja tidak cukup.

“Kejadian Syed Saddiq dan kedua ibu bapanya diserang bukan satu berita yang boleh dipandang dengan remeh sekali, apakah yang sedang berlaku di negara ini? Mengapakah seorang Menteri Persekutuan gagal di lindungi?” tulis beliau dalam media sosialnya hari ini.

Semalam arena politik dikejutkan dengan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq bersama beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir pada program yang sama.

Kata Charles lagi, dengan menangkap sesiapa yang terlibat dalam insiden ini sahaja tidak langsung memadai.

“Sebenarnya, polis perlu menyiasat siapakah sebenarnya dalang di sebalik kejadian ini. Bayangkan jika menteri tidak dapat menyelamatkan dirinya? Apakah yang akan berlaku pada masa itu?

Menurutnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga perlu tampil memberikan kita penjelasan apakah sebenarnya yang berlaku dan berharap pihak berwajib dapat membuat pendedahan berhubung insiden berkenaan.

UTAMAPOLITIKMana pergi anggota keselamatan sampai menteri panjat pagar?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium