Manchester City juara EPL selepas 44 tahun - pakdin.my

PEMAIN Manchester City, Pablo Zabaleta (tengah) bersama rakan sepasukan Gareth Barry (kanan) dan Sergio Aguero (kiri) meraikan kemenangan selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan lawan Queen Park Rangers (QPR) dengan 3-2 di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad

GOL saat akhir yang dilakukan oleh penyerang Sergio Aguero membantu Manchester City menewaskan lawan Queen Park Rangers (QPR) dengan 3-2 sekali gus menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dalam kemuncak perlawanan EPL di Stadium Etihad itu menyaksikan City muncul juara buat julung kalinya dalam tempoh 44 tahun sejak 1968.

Sementara itu, Manchester United (MU) menundukkan Sunderland dengan 1-0.

Walaupun kedua-dua Manchester berkongsi 89 mata, tetapi pasukan di bawah teraju Roberto Mancini mendahului sebanyak lapan jaringan meninggalkan pasukan pimpinan Sir Alex Ferguson.

UTAMAGAYA HIDUPManchester City juara EPL selepas 44 tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium